PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan siasatan menyeluruh terhadap pengadil, Zulkarnain Zakaria dalam masa terdekat.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Jawatankuasa Pengadil akan memanggil Zulkarnain untuk memberikan keterangan mengenai insiden yang berlaku ketika perlawanan Liga Super babitkan Sabah FC dan Penang FC di Stadium Likas Jumaat lalu.
"Apa yang penting kita dah gantung dahulu dan kita akan lihat selepas proses siasatan pertama ini.
"Jawatankuasa Pengadil sedang melihat lebih lanjut perkara ini dan akan memanggilnya untuk proses seterusnya," katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Ketujuh Jawatankuasa Eksekutif FAM pada Selasa.
Pada Ahad, FAM mengenakan hukuman penggantungan serta-merta terhadap Zulkarnain daripada mengadili sebarang perlawanan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Ia selepas Zulkarnain didapati terkhilaf dalam mengintepretasi dua situasi pemberian sepakan penalti yang diberikan kepada Sabah.
Hamidin menegaskan penglibatan pengadil dalam industri bola sepak negara amat penting dan pihaknya perlu cuba berlaku adil untuk memahami setiap situasi yang dilalui pengadil.
"Kita pun mesti memahami daripada pelbagai sudut untuk memastikan mereka berada dalam prestasi terbaik.
"Tetapi, jika ada pengadil yang luar daripada batasan, kita akan sentiasa memerhati dan akan ambil tindakan sewajarnya.
"Bukan senang untuk menjadi pengadil. Mungkin hari ini mereka mengadili dengan bagus, tetapi esok mereka ada buat kesilapan," katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 21 2023
Hamidin berkata, Jawatankuasa Pengadil akan memanggil Zulkarnain untuk memberikan keterangan mengenai insiden yang berlaku ketika perlawanan Liga Super babitkan Sabah FC dan Penang FC di Stadium Likas Jumaat lalu. - Fail/Astro AWANI
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Gantung pengadil: FAM adakan siasatan menyeluruh
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan siasatan menyeluruh terhadap pengadil, Zulkarnain Zakaria dalam masa terdekat.
Tindakan gantung pengadil, langkah proaktif FAM
Tindakan penggantungan ke atas pengadil yang mengadili aksi Liga Super antara Sabah FC dan Penang FC Jumaat lepas, disifatkan satu langkah proaktif diambil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).