awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara bersalam tidak pandang muka, lelaki tampar jemaah masjid

Bernama
Bernama
20/07/2022
08:34 MYT
Gara-gara bersalam tidak pandang muka, lelaki tampar jemaah masjid
Hanya kerana tidak memandang muka semasa bersalaman, seorang lelaki bertindak menampar belakang kepala seorang jemaah di masjid. - Foto Sinar Harian/media sosial
IPOH: Hanya kerana tidak memandang muka semasa bersalaman, seorang lelaki bertindak menampar belakang kepala seorang jemaah di Masjid An-Nur Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, pada Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata laporan diterima pihaknya daripada mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an yang berkhidmat sebagai tentera, menyatakan dia bersalaman dengan suspek yang tidak dikenali selepas selesai solat asar kira-kira 5.10 petang.
"Secara tiba-tiba, suspek telah menampar belakang kepala mangsa dan terkena telinga sebelah kanan dengan kuat menyebabkan dia mengalami kesakitan di bahagian tersebut.
"Siasatan awal mendapati insiden itu berlaku gara-gara mangsa tidak memandang muka lelaki tersebut semasa bersalaman menyebabkan dia berang dan beranggapan mangsa bersikap kurang ajar dengannya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nor Omar berkata kedua-dua pihak telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Manjung untuk dirakam percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.
"Hasil rakaman percakapan yang diberikan, anggota tentera itu tidak mahu untuk meneruskan siasatan dan menarik semula laporan tersebut. Kes telah diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut," katanya.
Sebelum ini tular di Twitter menerusi sebuah video berdurasi 37 saat itu yang memaparkan kejadian seorang lelaki memukul kepala seorang jemaah di sebuah masjid.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tampar
#jemaah
#salam tak pandang muka
#TLDM
#Polis Daerah Manjung
#Anggota tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan