awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara gambar 'pre wedding', 50 hektar hamparan rumput di Gunung Bromo terbakar

Agensi
Agensi
10/09/2023
10:04 MYT
Gara-gara gambar 'pre wedding', 50 hektar hamparan rumput di Gunung Bromo terbakar
Sehingga hari ini, kerja pemadaman api masih dijalankan, dan netizen Indonesia amat marah dengan kejadian itu. - Foto: X @LokalPendaki
JAWA TIMUR: ‘Idea kreatif’ seorang ketua perancang perkahwinan untuk memberikan kenangan romantis buat sepasang pengantin, akhirnya bertukat menjadi tragis!
Lelaki berusia awal 40-an itu kini ditahan dan bakal didakwa gara-gara menyebabkan kawasan hamparan rumput di kawasan savana yang dikenali sebagai Bukit Teletubbies di lokasi taman negara Gunung Bromo terbakar.
Dia berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga 1.5 bilion Rupiah (RM456,000) jika sabit kesalahan.
Semuanya berpunca daripada ideanya untuk menjalankan penggambaran foto pra-perkahwinan pasangan berkenaan menggunakan mercun suar.
Pada ketika ini, kawasan berkenaan berada dalam musim panas dan kering yang menyaksikan hamparan rumput dan lalang di situ mudah terbakar. Kawasan itu sebelumnya begitu popular dan menjadi idaman pengunjung serta para pendaki kerana menawarkan pemandangan yang unik.
Lebih dikesali, pihak Taman Negara Gunung Bromo memaklumkan, ketika kebakaran awal terjadi, kumpulan penggambaran itu tidak langsung berusaha untuk memadamkan api, malah dibiarkan sahaja.
Emang boleh se ahlakless gitu? Diduga penyebab kebakaran Bromo terpatnya hutan di blok savana, Lembah Watangan atau Bukit Teletubbies yang disebabkan oleh flare dari kegiatan foto prewedding, terlihat masih santai padahal didepannya udah ada yang terbakar. pic.twitter.com/cOOW7NXaxv
— GENVOICE (@genvoiceid) September 7, 2023
Memetik laporan Kompas.com, Ketua Polis Probolinggo Wisnu Wardana mengesahkan: “Suspek yang ditahan merupakan pengurus perancang perkahwinan.
“Dia sebagai orang yang dipertanggung jawab dalam hal ini, malah tidak mempunyai permit khas untuk memasuki kawasan konservasi Gunung Bromo.”
Tambah Wisnu, untuk memasuki zon itu, seseorang perlu mendaftarkan diri dan perlu membayar harga permit berdasarkan jenis aktiviti yang hendak dijalankan. Seseorang itu juga perlu mengisytihar semua peralatan dan perkakasan yang hendak dibawa masuk bersama.
“Akibat penggunaan suar itu, sekarang seluas 50 hektar hamparan rumput terbakar,” ujarnya.
Sehingga hari ini, kerja pemadaman api masih dijalankan, dan netizen Indonesia amat marah dengan kejadian itu.
“Tahan sekali pasangan bakal pengantin yang bersetuju dengan konsep penggambaran itu. Jangan mereka terlepas,” ujar seorang pengguna media sosial.
Pada masa yang sama, komuniti jurugambar profesional tempatan juga sempat mengulas mengenai hasil fotografi itu.
“Gaya idea berlebihan sampai Gunung Bromo terbakar. Hasil gambarnya tetap buruk dan tiada seni,” kata salah seorang daripada mereka.
Topic Berkaitan
#Gunung Bromo
#bukit teletubbies terbakar
#gambar pra-perkahwinan
#Taman Negara
#kemarau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan