awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
PERKESO giat tarik penjaja, peniaga kecil carum Lindung Kendiri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara promosi baju raya RM1, butik di Shah Alam kecoh diserbu ratusan pelanggan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
02/04/2023
06:45 MYT
Gara-gara promosi baju raya RM1, butik di Shah Alam kecoh diserbu ratusan pelanggan
Video berdurasi 22 saat yang memaparkan orang ramai menyerbu kedai tersebut turut tular di media sosial sejak Sabtu. -Video tular
SHAH ALAM: Gara-gara mempromosikan jualan baju Melayu berharga RM1 bagi 100 pelanggan pertama, sebuah kedai pakaian di Seksyen 7, di sini, diserbu lebih 500 pengunjung sehingga berlaku kekecohan, semalam.
Video berdurasi 22 saat yang memaparkan orang ramai menyerbu kedai tersebut turut tular di media sosial sejak Sabtu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima aduan kira-kira pukul 10.30 pagi Sabtu yang memaklumkan berlaku kekecohan di kedai berkenaan.
"Kita dimaklumkan kedai terbabit membuat promosi di mana 100 pelanggan pertama akan dapat membeli baju dengan harga serendah RM1, manakala 50 pelanggan berikutnya akan mendapat baju kurta secara percuma.
"Dianggarkan lebih 500 orang membanjiri kedai berkenaan untuk mendapatkan harga promosi tersebut sehingga berlaku insiden tolak menolak dan kekecohan," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Ahad.
Mohd Iqbal menambah, atas faktor keselamatan kerana sudah tidak dapat mengawal bilangan pelanggan, pihak pengurusan kedai tersebut menutup operasi kira-kira pukul 11.45 pagi.
Menurutnya, setakat ini tiada sebarang laporan dibuat mana-mana pihak berhubung kejadian tersebut dan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
Beliau dalam pada itu menasihati orang ramai agar tidak terlalu mudah terpengaruh dengan sebarang promosi terutamanya pada musim perayaan.
"Peniaga pula diingatkan sentiasa peka dan elak daripada membuat promosi yang boleh mengelirukan orang ramai bagi mengelakkan kejadian seperti tidak berulang lagi," ujarnya.
Topic Berkaitan
#video tular
#kekecohan
#promosi murah
#baju raya RM1
#kedai pakaian di Seksyen 7
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan