awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
OIC akan adakan mesyuarat luar biasa mengenai Somalia pada Sabtu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 diumum dalam masa terdekat

Bernama
Bernama
25/04/2022
16:38 MYT
Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 diumum dalam masa terdekat
Radzi berkata KPM mahu memastikan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 yang akan diumumkan itu, selaras dengan apa yang diumumkan KKM. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0, akan diumumkan selepas pengumuman mengenai kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan (KKM), kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.
Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) mahu memastikan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 yang akan diumumkan itu, selaras dengan apa yang diumumkan KKM.
"Selesai sahaja pengumuman KKM, kita selaraskan perkara yang dibincangkan dengan KKM dan akan mengumumkan garis panduan 4.0 dalam masa terdekat," katanya semasa berucap pada Majlis Ihya Ramadan Bersama Media di sini hari ini.
Radzi berkata pembukaan sekolah yang bermula sejak Mac lepas, dilakukan dengan niat untuk tidak lagi menutupnya, justeru ia perlu dilaksanakan dengan cermat.
"Kita tahu bahawa ramai ingin melihat sektor pendidikan dibuka dengan lebih meluas. Insya-Allah kita sudah buka sedikit demi sedikit cuma kita mengambil pendekatan lebih cermat.
"Biar lambat asalkan selamat, sebab bila kita buka nanti insya-Allah kita dapat terus beroperasi dan sekolah tidak perlu ditutup lagi," katanya.
Pada 17 April lepas, Radzi dilaporkan berkata Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0, bakal diumumkan bulan ini di mana ia termasuk aktiviti kokurikulum yang sebelum ini hanya dibenarkan di sekolah sahaja, selain penggunaan kantin.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata kelonggaran beberapa SOP COVID-19 yang bakal diumumkan Rabu ini, bersifat selamat dan cermat bagi memastikan kerajaan tidak mahu tersilap langkah dan mengelak usaha yang dilakukan untuk mengawal wabak COVID-19 selama ini, disia-siakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#garis panduan
#pembukaan sekolah
#4 0
#Radzi Jidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan