Kementerian Pengangkutan mengeluarkan garis panduan untuk perkhidmatan penghantaran makanan, minuman dan bungkusan (parcel) menggunakan motosikal atau p-hailing (parcel-hailing) sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata mana-mana syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan menggunakan motosikal bagi tujuan penghantaran makanan, minuman dan bungkusan secara dalam talian mesti mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Garis panduan itu antaranya mewajibkan penunggang memiliki lesen memandu penuh (CDL) yang sah dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun, selain bebas daripada senarai hitam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Selain mematuhi peraturan jalan raya seperti memakai topi keledar dan menggunakan laluan motosikal yang diwartakan sekiranya ada, kotak yang dibawa penunggang bagi mengisi barangan hendaklah mematuhi saiz yang telah ditetapkan JPJ, katanya.
"Semua operator dan penunggang hendaklah menitikberatkan soal kesihatan, mengamalkan penjarakan sosial dan transaksi tanpa sentuhan atau contactless transaction selagi mana boleh disediakan," kata Wee dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata penunggang diminta untuk menjalankan proses sanitasi pembasmian kuman bagi kotak penghantaran setiap hari mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Sekiranya terdapat pekerja yang dijangkiti COVID-19, pihak syarikat perlu membantu dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada KKM dalam usaha mengesan kontak pekerja yang telah dijangkiti dan pengurusan kontak, katanya.
"Bagi perkhidmatan p-hailing yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), sekiranya penunggang dijangkiti COVID-19 atau mempunyai simptom, adalah menjadi tanggungjawab individu berkenaan untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan penularan termasuk kuarantin diri dan memastikan tiada perkhidmatan dilaksanakan," katanya.
Atas dasar keselamatan, Wee berkata penunggang p-hailing dinasihatkan supaya tidak menggunakan lebuh raya antara negeri (inter-state) bagi jarak perjalanan melebihi 10 kilometer.
"Penunggang juga perlu mematuhi nasihat yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuk tidak memasuki zon merah. Ini bertujuan menjaga keselamatan mereka yang terpaksa melalui perjalanan jarak jauh dan mencegah daripada penyebaran wabak COVID-19," katanya.
Katanya waktu operasi adalah terhad dari 8 pagi hingga 8 malam sahaja, selain waktu operasi dan jenis barangan yang boleh dibawa juga tertakluk kepada zon yang telah ditetapkan oleh MKN dan peraturan semasa.
Wee berkata semua penunggang yang menghantar barangan perlu sentiasa membawa bersama-sama mereka surat pengesahan daripada majikan atau surat pendaftaran dengan PBT.
Semua penunggang p-hailing juga diwajibkan memuat turun dan mendaftar di aplikasi kendalian MKN iaitu mySejahtera (mysejahtera.malaysia.gov.my) dan perlu menunjukkan bukti pendaftaran kepada pihak penguat kuasa, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 21 2020

Petugas kesihatan mengambil sampel daripada penghantar makanan yang hadir membuat saringan secara pandu lalu dan percuma bagi membendung penularan COVID-19 anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam, 19 April, 2020. --fotoBERNAMA

Semua ADUN BN tidak akan 'lompat' - Wan Rosdy
Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN Pahang berkata perkara itu dimaklumkan sendiri kesemua ADUN BN kepadanya semalam.

UNGA ke-78: Ucapan PM Anwar tak patut jadi bahan politik - Zambry
Kenyataan Negara yang disampaikan Perdana Menteri disifatkan baik tetapi malangnya dijadikan bahan kempen politik oleh segelintir pihak.

SABDA: MBI Selangor ke arah dapatkan sijil EU
SABDA seluas 1,317 hektar merupakan salah satu daripada tiga zon pembangunan ekonomi baharu yang dikenal pasti di bawah Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

APMM, AADK tahan 25 individu dalam operasi banteras dadah
Kesemua yang ditahan adalah lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 20-an hingga 50-an yang ditahan di atas bot serta jeti nelayan.

Harga padi: Pesawah masih terima RM1,700 per tan, subsidi RM500 satu tan - Mohamad Sabu
Pesawah masih mendapat RM1,700 satu tan bagi harga jualan padi mereka memandangkan kerajaan kekal memberikan subsidi RM500 bagi setiap tan padi.
AWANI 7:45 [04/10/2023] - Hantar surat atas arahan Perdana Menteri | Jerebu rentas sempadan | Jangka menurun 2.6 peratus tahun depan | Jualan bawah harga siling
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Malaysia hantar surat kepada Indonesia, jerebu rentas sempadan
2. Jangan nafi jerebu dari Indonesia, ASMC ada data
3. Paras inflasi dijangka 3.2 peratus sehingga akhir tahun
4. Dalam tempoh dua hari, Kabinet buat keputusan subsidi telur dan ayam
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Malaysia hantar surat kepada Indonesia, jerebu rentas sempadan
2. Jangan nafi jerebu dari Indonesia, ASMC ada data
3. Paras inflasi dijangka 3.2 peratus sehingga akhir tahun
4. Dalam tempoh dua hari, Kabinet buat keputusan subsidi telur dan ayam

MOSTI giat galakkan pertumbuhan hab teknologi di Malaysia Timur
MOSTI giat dalam usaha menggalakkan pertumbuhan hab teknologi di Malaysia Timur menerusi penyediaan latihan, sumber dan bimbingan untuk usahawan teknologi baharu.

Malaysia komited bekerjasama dalam kerangka ASEAN bagi usaha sifar bersih - Nik Nazmi
Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan negara Asean lain, serta peserta industri, pembiaya, dan usahawan teknologi, untuk masa depan yang holistik dan mampan bagi rantau ini.

Dua stesen di Sarawak rekod bacaan IPU tidak sihat setakat 4 petang - JAS
Hanya dua daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu di Sri Aman dan Serian, Sarawak setakat 4 petang ini.
AWANI Ringkas: Jerebu rentas sempadan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bekalan terhad, Jepun minta kemudahan perubatan 'jimat' ubat batuk
Kementerian Kesihatan Jepun menggesa kemudahan perubatan di seluruh negara mengurangkan preskripsi ubat batuk memandangkan bekalan yang terhad.

KKM siap siaga kemungkinan wujud virus X - Lukanisman
KKM akan sentiasa membuat pemantauan berhubung sebarang perkembangannya di dalam dan luar negara, serta memperkukuhkan sistem kesihatan negara untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

IDFR lancar buku mengenai pengalaman diplomat urus pandemik COVID-19, diplomasi ekonomi
Antara kisah paling menarik dalam buku 'Diplomacy Through the Pandemic' ialah daripada Duta Malaysia ke Iran, Datuk Rustam Yahaya.

Pastikan staf kesihatan bersedia, polisi diubah untuk hadapi wabak X - Pakar
Katanya, pandemik COVID-19 memberi pengajaran besar kepada Malaysia dan tidak seharusnya masalah sama berulang.

Hangzhou bersedia anjurkan Sukan Asia
China bersedia sepenuhnya untuk penganjuran Sukan Asia yang mencapai standard Olimpik, dari 23 Sept hingga 8 Okt selepas tertangguh setahun susulan pandemik COVID-19.

Kemajuan LCS antara 4 laporan dibentang pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat Oktober ini
Laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua - Kapal Tempur Pesisir (LCS) adalah antara empat laporan yang akan dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat, Oktober ini.

WHO gesa China kemuka maklumat asal usul COVID-19
Badan itu mendesak China untuk memberikan akses secara penuh dan bersedia untuk mengadakan mesyuarat dua hala bersama negara itu.

Ronaldo tuntut Juventus bayar tunggakan gaji RM99.5 juta
Cristiano Ronaldo bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas Juventus yang belum membayar tunggakan gajinya ketika pandemik COVID-19.

Ahli farmasi Jerman keluar amaran mengenai kekurangan serius ubat-ubatan
Tahun lepas, terdapat kekurangan antibiotik yang teruk dan beberapa ubat untuk kanak-kanak, selepas gelombang jangkitan.

Putera Jepun Hisahito dijangkiti COVID-19
Putera Jepun Hisahito disahkan dijangkiti COVID-19, lapor Sputnik. Putera Hisahito, 17 ialah anak tunggal Putera Mahkota Akishino (Fumihito) bersama Puteri Mahkota Kiko.