KUALA LUMPUR: Gaza tidak boleh diselamatkan hanya dengan kata-kata dan retorik, kata Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid.
Beliau berkata tindakan perlu diambil memandangkan bahawa Israel telah melakukan pelanggaran terhadap semua undang-undang antarabangsa.
"Sehingga hari ke-43 kebiadaban Israel, dunia masih tidak berdaya untuk menghentikan kekejaman Israel. Israel telah melakukan jenayah perang yang paling serius dengan banyak bukti dan saksi. Jenayah perang Israel di Gaza adalah suatu yang dirancang, bukan respon reaktif," katanya dalam kenyataan hari ini.
"Israel melanggar 28 resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang mengikat secara sah ke atas Piagam PBB, Artikel 25 (1945); beberapa contoh resolusi - 54, 111, 233, 234, 236, 248, 250, 252, 256, 262, 267, 270, 280, 285, 298, 313, 316, 468, 476 dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata operasi ketenteraan Israel bukan lagi tentang hak mempertahankan diri, sebaliknya ia adalah pembunuhan beramai-ramai secara terang-terangan.
"Kami menyeru campur tangan tentera PBB dengan segera, tiada rundingan boleh dilakukan lagi sekarang. Peperangan mesti dihentikan sekarang," katanya dan menambah MAPIM menuntut PBB mengumumkan penempatan tentera pengaman untuk melindungi orang awam dan membenarkan bantuan kemanusiaan dihantar tanpa sekatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023

Mohd Azmi berkata tindakan perlu diambil memandangkan bahawa Israel telah melakukan pelanggaran terhadap semua undang-undang antarabangsa. - Gambar fail/Bernama

Najib mohon lepas tanpa bebas, kes SRC RM27 juta lebih 5 tahun tergantung
Najib memohon dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

PRK Kemaman: Jangkaan 70 peratus keluar mengundi - SPR
Abdul Ghani berkata, jangkaan itu bagaimanapun bergantung keadaan cuaca hujan yang melanda Pantai Timur termasuk di Kemaman ketika ini.

Korban akibat banjir di Kenya meningkat kepada 136 orang
Menurut Kementerian Dalam Negeri, lebih 92,400 isi rumah dan 462,100 penduduk terjejas.

Lima maut kemalangan kuari bagi tempoh tahun lepas sehingga Sept tahun ini - Saarani
Saarani berkata pengoperasian sesuatu kuari memerlukan Surat Kelulusan Skim Pengkuarian (SKSK) yang akan dikeluarkan JMG Perak.

Pelan liberalisasi visa: JIM kekal NTL, SOP kemasukan pelancong
Proses pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL) dan prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai bagi pelancong ke Malaysia kekal dan tidak akan dikompromi.
AWANI Ringkas: Ditipu sindiket tawaran pekerjaan di utara Myanmar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tiada perunding luar digunakan dalam perkhidmatan awam
Khidmat perunding luar tidak akan digunakan dalam perkhidmatan awam kecuali dalam keadaan kepakaran tertentu tidak dimiliki, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Ahmad Zahid kembali bertugas, hadir mesyuarat Kabinet
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini kembali bertugas serta menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malu punca lelaki enggan jalani pemeriksaan kanser Prostat
Perasaan malu dengan saringan kanser prostat yang memerlukan prosedur sentuhan di bahagian sulit merupakan antara alasan ramai lelaki enggan menjalani saringan kesihatan itu.
Amalkan sifat keterbukaan
Bekas Pengerusi CIMB Bhd yang juga pemandiri kanser prostat, Tan Sri Nazir Razak meminta orang orang supaya lebih bersifat terbuka kerana pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa pesakit itu.

Tentera Israel musnahkan 60 peratus rumah di Semenanjung Gaza
Tentera rejim Zionis Israel dilaporkan memusnahkan lebih 60 peratus rumah dan unit kediaman di Semenanjung Gaza.

Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza
Raja Abdullah berkata, tindakan Israel terus menahan aliran bantuan ke Gaza adalah tidak boleh diterima.

Blinken mahu keselamatan rakyat Gaza sebelum operasi ketenteraan diteruskan
Blinken turut menggesa langkah segera diambil untuk menahan pelampau peneroka Israel atas keganasan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Singapura kerah pesawat RSAF hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza
Singapura mengerahkan pesawat Pasukan Udara Republik Singapura (RSAF) untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada orang awam di Gaza.

China terus hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza
Bantuan kemanusiaan itu, termasuk ubat-ubatan dan barangan makanan seperti makanan dalam tin, biskut, madu, oat dan air minuman.

Penduduk Gaza terus derita, kini di ambang kebuluran
Penduduk Gaza tiada pilihan selain terpaksa mengharapkan bantuan yang diagihkan UNRWA.

Jeda kemanusiaan di Gaza dilanjutkan sehari lagi
Jeda kemanusiaan sementara di Semenanjung Gaza dilanjutkan sehari lagi pada Khamis.

Gaza di ambang bencana kemanusiaan - PBB
Tegas Antonio Guterres, dunia tidak boleh berpaling daripada isu yang melanda penduduk Gaza ketika ini.

Israel tewas dalam operasi psikologi peperangan - Pakar
Israel dilihat gagal dalam operasi psikologi dan perangsaraf komunikasinya dalam perang Palestine-Israel.