MANJUNG: Aktiviti pendaratan penyu, eko-pelancongan dan struktur fizikal kawasan pantai bakal musnah serta terjejas sekiranya kerajaan negeri tidak menggazetkan semula Pantai Pasir Panjang, Segari yang kini diancam penerokaan haram.
Penyelidik Lapangan Persatuan Sahabat Alam Malaysia (SAM) Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata kawasan itu telah dinyahgazetkan pada 2 Feb 1989 dan sejak itu, pelbagai program penanaman pokok dilaksanakan sebelum 'diserang' aktiviti pengambilan pasir tanpa kebenaran pihak berkuasa sejak November lepas.
"Kita bersama-sama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah membuat aduan mengenai aktiviti pengorekan pasir pada pihak berkuasa pada 4 Nov lepas dan turun sendiri melihat kawasan diterokai itu empat hari kemudian selepas penduduk kampung memaklumkan ia masih berlaku.
"Pihak komuniti Segari memaklumkan pihak berkuasa memasuki kawasan terbabit pada awal Disember lepas dan beranggapan tindakan sewajarnya telah diambil namun amat mengejutkan kerana wujud pergerakan jentera selain kawasan telah dipagar pada 28 Dis.
"Kami kemudian ke kawasan itu dua hari lepas dan mendapati kawasan hutan di pesisir pantai telah ditebang bagi memberi laluan untuk mengangkut keluar pasir yang dilombong melalui jalan laut.
"Terdapat banyak pokok dilonggokkan selain kemusnahan alam sekitar. Ini sangat mendukacitakan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di kawasan penerokaan haram tersebut, kira-kira 91 kilometer dari Ipoh pada Selasa, yang turut dihadiri penduduk kampung berdekatan yang membuat bantahan aman berikutan aktiviti pengambilan pasir itu.
Meor Razak berkata sehingga kini, kira-kira 30 peratus dari 130 hektar kawasan tersebut telah diterokai secara haram sehingga dibimbangi akan memusnahkan kawasan pendaratan penyu, impak kepada ekosistem persisiran pantai selain mengancam kepupusan habitat dan haiwan seperti Beruang Matahari.
"Berdasarkan dokumen Rancangan Fizikal Negara (RFN), semua kawasan pendaratan penyu di Semenanjung Malaysia termasuk disini, telah dikategorikan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1 (KSAS Tahap 1).
"Ia tidak boleh dibangunkan untuk sebarang kegiatan dan penukaran guna tanah kecuali eko-pelancongan yang berimpak rendah, pendidikan dan penyelidikan.
"Kegiatan pengambilan pasir dibimbangi boleh mengganggu dan memusnahkan struktur fizikal kawasan pantai dan menyebabkan tidak sesuai lagi untuk penyu mendarat dan bertelur di kawasan tersebut," jelasnya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) Noor Ismady Ahmad Radzuan berkata pihak terlibat dalam penerokaan haram itu seolah-olah tidak menghiraukan garisan kuning yang dipasang pihak berkuasa dan masih meneruskan aktiviti pengorekan pasir sehingga pada Selasa.
Pemerhatian Bernama di kawasan itu mendapati wujudnya pokok yang telah ditumbangkan, longgokan kayu yang telah ditebang, kemusnahan hutan pesisir pantai selain kelibat tiga jentera pengorek pasir di kawasan hutan yang telah 'dipagar' dengan garisan kuning dari pihak berkuasa.
Bernama sebelum ini melaporkan, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) tidak menerima sebarang permohonan dan tiada kebenaran dikeluarkan pihak tersebut sehingga hari ini malah telah mengarahkan kerja-kerja projek itu dihentikan serta-merta.
Malah, pihak yang menjalankan aktiviti pengambilan pasir di Pantai Pasir Panjang, Manjung sudah beberapa kali diberi amaran oleh pihak berkuasa supaya menghentikan kerja di tapak namun tetap berdegil walaupun tidak memperoleh sebarang kebenaran.
Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip dilapor berkata kerja-kerja di tapak itu dikesan sejak November lepas dan pihaknya dengan kerjasama MPM telah mengarahkan supaya ia dihentikan sementara menunggu kelulusan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 04 2022

Kawasan itu telah dinyahgazetkan pada 2 Feb 1989 dan sejak itu, pelbagai program penanaman pokok dilaksanakan sebelum 'diserang' aktiviti pengambilan pasir tanpa kebenaran November lepas. - Gambar/ Persatuan Aktivis Sahabat Alam

Satu lagi lubang benam di Jalan Gua Musang-Lojing, laluan ditutup sepenuhnya
Supt Sik berkata laluan terbabit kini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan atas nasihat Jabatan Kerja Raya.

Pasar Siti Khadijah berwajah baharu, pusat perniagaan dan warisan lebih menarik
Dengan gabungan elemen moden dan keunikan tradisi, pasar berkenaan dijangka terus menjadi daya tarikan utama penduduk tempatan dan pelancong.

Bomba buka tingkap, keluarkan warga emas meninggal dunia dalam rumah berkunci
Mangsa berusia 70 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring dalam rumah di Seri Tasik Botani, Simpang Pulai, malam tadi.
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
Bursa Malaysia diunjur diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan apabila peserta pasaran dijangka mengambil pendekatan berhati-hati dan bukan memberi reaksi spontan, yang sepatutnya membantu mengehadkan pergerakan turun naik jangka pendek.

Afrika Selatan kesal dengan pengusiran duta ke AS
Pejabat Presiden menggesa semua pihak berkepentingan yang terlibat untuk mengekalkan adab diplomasi dalam menangani perkara itu.
Ringgit dijangka terus bertahan minggu depan, cecah 4.43-4.44 berbanding dolar AS
Ringgit dijangka kekal bertahan dalam julat 4.43-4.44 berbanding dolar Amerika Syarikat minggu hadapan. Sentimen pelabur yang berhati-hati terus mengukuhkan permintaan terhadap dolar Amerika sebagai mata wang pelaburan selamat.
Manfaat apa jua platform untuk perkukuh perpaduan - Aaron
Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Aaron Ago Dagang menyeru rakyat Malaysia untuk memanfaatkan apa jua platform, seperti majlis iftar dan memasak bubur lambuk, untuk memperkukuh perpaduan serta semangat muhibah. Beliau berkata platform berkenaan memberikan peluang kepada rakyat untuk mengenali antara satu sama lain, berkongsi cerita dan pengalaman serta merapatkan jurang perbezaan.
China paling banyak, Qatar terendah di dunia
Angka daripada Institut Statistik Turkiye (TurkStat) mendedahkan populasi warga emas Turkiye adalah seramai 9.1 juta orang melebihi jumlah penduduk 96 negara, termasuk Switzerland, Denmark, Ireland, New Zealand dan Armenia.
Sekatan A.S: A.S pertimbang sekatan perjalanan terhadap puluhan negara
Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sedang mempertimbangkan sekatan perjalanan yang meluas terhadap warganegara dari puluhan negara sebagai sebahagian daripada larangan baharu.
Konflik Asia Barat: Sembilan terbunuh, Houthi ikrar balas tindakan A.S
Menurut Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Houthi, sekurang-kurangnya sembilan orang awam terbunuh dan sembilan lagi cedera dalam serangan udara Amerika Syarikat ke atas ibu negara Yaman, Sanaa.

Segera warta kawasan Pantai Pasir Panjang
Kerja-kerja perlombongan pasir di Tanjung Hantu dilihat masih beroperasi meskipun pelbagai bantahan telah disuarakan.

Tiada pengeluaran pasir silika di Pasir Panjang - MB Perak
PTG Perak tidak pernah mengeluarkan kelulusan lesen kepada sesiapa pun untuk mengambil pasir di Pantai Pasir Panjang, Segari, Lumut.

Operasi korek pasir silika atas tanah milik syarikat
Lot tersebut bukannya berstatus tanah kerajaan menyebabkan pihaknya sukar untuk menyita jentera dan menahan individu yang terbabit.

Gazet semula Pantai Pasir Panjang, elak penerokaan haram berleluasa
Kawasan itu telah dinyahgazetkan pada 2 Feb 1989 dan sejak itu, pelbagai program penanaman pokok dilaksanakan sebelum 'diserang' aktiviti pengambilan pasir.

MPM arah henti kerja korek pasir di Pantai Pasir Panjang
Lesen dan permit bahan batuan serta mineral bagi kerja-kerja terbabit dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG).