awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam Kelantan terima bantuan khas kewangan RM500

Bernama
Bernama
06/11/2025
07:30 MYT
Penjawat awam Kelantan terima bantuan khas kewangan RM500
Mohd Nassuruddin berkata bantuan khas berkenaan akan dibayar pada awal Mac tahun depan bagi meringankan persiapan menyambut Aidilfitri. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 15 dan ke bawah, bagi menghargai khidmat bakti mereka.
Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata bantuan khas berkenaan akan dibayar pada awal Mac tahun depan bagi meringankan persiapan menyambut Aidilfitri dengan implikasi kewangan sebanyak RM4.97 juta.
"Selain itu, bantuan khas kewangan ini juga akan dipanjangkan kepada lantikan politik yang jumlahnya akan ditentukan pihak kerajaan negeri," katanya ketika mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim hari ini.
Beliau turut mengumumkan pemberian diskaun 90 peratus terhadap tunggakan denda cukai tanah kepada seluruh rakyat di Kelantan.
"Tawaran diskaun ini akan dapat dinikmati oleh rakyat Kelantan bagi tempoh satu bulan bermula 1 hingga 30 Dis tahun ini.
"Namun, ia tertakluk kepada kaedah bayaran sebagaimana Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Kelantan Bilangan 1 Tahun 2025," katanya.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#kerajaan negeri Kelantan
#umum bantuan khas
#penjawat awam Gred 15
#Mohd Nassuruddin Daud
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan