awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
Bintang ‘Ong Bak’ Tony Jaa dilapor bergelut dengan kanser pundi hempedu
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetap 10 Feb ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GEG 2022: Jualan produk tembakau menerusi pasaran haram dibimbangi meningkat - Pakar

Hilmi Malik
Hilmi Malik
29/09/2022
11:47 MYT
GEG 2022: Jualan produk tembakau menerusi pasaran haram dibimbangi meningkat - Pakar
Perokok yang berdepan masalah ketagihan akan cuba mendapatkan bekalan menerusi pasaran haram. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Pembelian produk tembakau dibimbangi meningkat sekiranya Rang Undang-Undang Generasi Penamat Rokok (GEG) mengetepikan soal pengurangan kemudaratan (Harm Reduction), tegas pakar kesihatan.
Presiden Malaysia Society for Harm Reduction (MHSR), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, keadaan itu juga berkemungkinan membuka ruang terhadap jualan rokok serta rokok elektronik di pasaran haram.
“Perkara ini sememangnya membimbangkan kerana mereka (perokok) yang mempunyai ketagihan akan cuba mendapatkan bekalan rokok menerusi pasaran haram,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu perbincangan meja bulat mengenai kawalan tembakau membabitkan beberapa pakar di ibu kota pada Khamis.
Mengulas lanjut, Dr Sharifa berkata, RUU berkenaan yang bertujuan menghalang generasi yang dilahirkan selepas tahun 2007 daripada terlibat rokok dan rokok elektronik juga kelihatan samar.
“Bagaimana kita nak memastikan yang golongan itu tidak mempunyai sebarang akses terhadap produk tembakau, rokok elektronik dan sebagainya.
“Mereka berkemungkinan boleh mendapatkan bekalan tersebut menerusi ahli keluarga mereka,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Dr Sharifa yang juga merupakan Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berpendapat, industri rokok elektronik perlu dikawal dan dipantau agar golongan perokok mempunyai pilihan sekiranya ingin berhenti merokok.
“Peraturan bukan sahaja tugas Kementerian Kesihatan tetapi turut memerlukan kerjasama dari kementerian lain seperti KPDNHEP dan MOSTI,” ujarnya lagi.
Rang Undang-undang Kawalan Tembakau dan Merokok 2022 yang bertujuan mengharamkan penjualan rokok dan produk vape kepada mereka yang lahir pada 1 Januari 2007.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#GEG
#rokok
#ketagihan
#MHSR
#pasaran haram
#Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan