awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GEG: KKM kaji kawalan penggunaan rokok, vape serentak

Bernama
Bernama
21/06/2023
07:36 MYT
GEG: KKM kaji kawalan penggunaan rokok, vape serentak
Lukanisman berkata pihaknya mengambil maklum pandangan yang dikemukakan semua pihak sebelum Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dimulakan pada 2027. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengkaji cadangan supaya kawalan penggunaan rokok dan rokok elektronik dijalankan secara serentak melalui dasar Generasi Penamat (GEG).
Timbalan Menteri berkenaan Lukanisman Awang Sauni berkata pihaknya mengambil maklum pandangan yang dikemukakan semua pihak sebelum Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dimulakan pada 2027.
"Ada beberapa perkara lagi tentang (peruntukan dalam rang undang-undang melibatkan) khidmat masyarakat dan review berkenaan tentang GEG terhadap produk vape... ada pandangan rang undang-undang itu pada dasarnya akan mewujudkan generasi penamat rokok terlebih dahulu kemudian diteruskan kepada vape dan ada pandangan yang bercadang untuk GEG diadakan secara serentak.
"KKM akan sedaya upaya untuk memastikan segala pandangan Ahli Parlimen diambil berat. Antara perkara yang ditekankan di Parlimen adalah kompaun yang terlalu rendah, hanya sekitar RM500 berbanding dengan cadangan asal RM5,000 dan kini kompaun sedia ada pada peringkat RM 1,000," katanya di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Lim Pay Hen mengenai kegusaran utama yang menyebabkan rang undang-undang itu tidak dapat diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini dan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan Parlimen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GEG
#Lukanisman Awang Sauni
#vape
#rokok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan