awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jenazah ibu selamat dikebumikan, ayat Anuar Zain undang sebak
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gejala rasuah wajar dibanteras di semua peringkat secara menyeluruh di Selangor - Mohd Najwan

Kenyataan Media
Kenyataan Media
06/08/2021
13:53 MYT
Gejala rasuah wajar dibanteras di semua peringkat secara menyeluruh di Selangor - Mohd Najwan
Mohd Najwan berharap, berharap pihak berkuasa turut memantau serta bertindak secara menyeluruh termasuk di sektor membabitkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri. - Gambar fail
Saya menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj di atas keprihatinan serta kebimbangan yang dizahirkan oleh baginda terkait peningkatan membabitkan kes-kes rasuah di negeri Selangor.
Sebagai salah seorang Ahli Dewan Negeri Selangor dan juga Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan (PAC) Negeri Selangor, saya mendukung gesaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor agar gejala rasuah di negeri Selangor dibanteras sepenuhnya.
Selain dari siasatan serta tindakan membabitkan kes-kes rasuah dalam sektor perkhidmatan awam negeri, saya juga berharap pihak berkuasa memantau serta bertindak secara menyeluruh termasuk di sektor membabitkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri.
Saya juga mengalu-alukan komitmen serius dan tegas oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Shari dalam memerangi rasuah serta penyalahgunaan kuasa yang dinyatakan baru-baru ini.
Sebagai sebuah negeri yang mendukung prinsip tatakelola yang baik dan berintegriti, Selangor sewajarnya mendepani usaha membanteras amalan rasuah dan salahguna kuasa secara menyeluruh dan proaktif.
MOHD NAJWAN HALIMI Ahli Dewan Negeri Selangor Merangkap Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan Negeri Selangor
Topic Berkaitan
#Selangor
#gejala rasuah
#banteras rasuah
#Sultan Selangor
#perkhidmatan awam
#syarikat berkaitan kerajaan negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan