Pertembungan antara dua nama besar Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bagi merebut kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) mendapat perhatian bukan sahaja masyarakat Johor tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya.
Pertandingan yang akan dapat ditentukan keputusannya pada 5 Mei depan jadi perhatian kerana ia menjadi medan ujian kepada kedua-dua pakatan politik itu.
Di sebelah kanan, BN yang memerintah Johor sejak merdeka mempertaruhkan nasib Pengerusi BN Negeri Datuk Abdul Ghani Othman, yang juga Menteri Besar Johor selama 4 penggal sejak 1995.
Manakala di sebelah kiri pula, PR yang berhasrat ingin meluaskan pengaruhnya di negeri itu meletakkan masa depan politik Penasihat DAP, Lim Kit Siang, yang juga anak kelahiran Batu Pahat.
Pertandingan ini dikatakan sebagai satu ujian kerana di satu pihak, keputusan BN meletakkan Abdul Ghani sedikit sebanyak telah melukakan hati jentera MCA Gelang Patah yang menginginkan ketuanya, Jason Teoh bertanding di kawasan berkenaan.
Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjawab isu ini meminta Jason agar menghormati keputusan pimpinan tertinggi parti sekaligus turut serta dalam usaha memastikan kemenangan Abdul Ghani.
Namun jangan dilupa, pengumuman Kit Siang sebagai calon PR oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertengahan Mac lepas juga tidak berjalan selicin yang diharapkan.
Pengumuman itu dilihat sebagai campurtangan kepimpinan pusat Pakatan Rakyat untuk mengendurkan pertelingkahan antara jentera PKR dan DAP Johor berhubung isu pembahagian kerusi itu dan telah mengakibatkan Pengerusi PKR negeri Datuk Seri Dr Chua Jui Meng 'merajuk' seketika.
Biar apa pun kesan sampingannya, apa yang penting di sini BN dan PR melihat berbaloi untuk meletakkan calon 'berpengalaman' walaupun ia bermakna salah seorang daripada mereka akan 'terkubur' di situ.
Dalam pertandingan ini, pemerhati politik melihat BN meletakkan Abdul Ghani kerana faktor pengalaman beliau dalam pentadbiran negeri Johor. Selepas 18 tahun menjadi Menteri Besar, Abdul Ghani bukan sahaja fasih tentang selok belok politik di negeri itu malah sudah pasti mempunyai pengikut setianya yang tersendiri.
Walaupun Abdul Ghani pada awalnya dikatakan sudah bersedia untuk tidak bertanding mana-mana kerusi pada pilihan raya umum kali ini, beliau dilihat calon yang terbaik untuk menentang Kit Siang kerana dipercayai mampu menyatukan undi Melayu, Cina dan India di Gelang Patah.
Ini berbeza dengan strategi PR yang meletakkan Kit Siang selepas yakin undi masyarakat Cina yang mewakili lebih 50 peratus komposisi pengundi di situ sudah berubah arah sepenuhnya menolak BN.
Kehadiran Kit Siang di Gelang Patah pada masa sama diharap akan memberikan sokongan moral kepada jentera DAP di Johor sekaligus memastikan lebih banyak kerusi akan dimenangi oleh PR di negeri berkenaan.
Dalam keadaan BN dilanda tsunami politik pada 2008, calon MCA, Tan Ah Eng berjaya mempertahankan kerusi Gelang Patah daripada terlepas ke tangan calon PKR, Zaliha Mustafa dengan majoriti 8,851 undi.
Jika BN berjaya mengekalkan kerusi ini, ia bakal jadi isyarat kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Johor masih lagi merupakan kubu kuat kepada BN dan tiang seri UMNO yang menunjangi parti pemerintah.
Jika sebaliknya berlaku, ia bakal memberikan asas yang kukuh kepada PR untuk menawan keseluruhan Johor pada masa depan.
Harris Hardy Hakim
Tue Apr 16 2013
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
Pukul budak perempuan guna kayu, penjaga pusat jagaan anak yatim direman
Permohonan reman ke atas lelaki berusia 59 tahun itu dibuat bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Gelang Patah: Uji kesetiaan BN dan PR
Pertembungan antara dua nama besar Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bagi merebut kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) dapat sambutan.