awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Gelap, bedak, gempita' - Azhar tidak menyesal jadi YDP Dewan Rakyat

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
13/07/2020
09:49 MYT
'Gelap, bedak, gempita' - Azhar tidak menyesal jadi YDP Dewan Rakyat
Azhar berkata, beliau tidak menyesal dengan pelantikannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat tetapi mengakui tugas itu mencabar dirinya. - Gambar BERNAMA
Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dilantik hari ini, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, beliau tidak gentar dalam melunaskan amanah baharunya itu walaupun diasak pelbagai kecamanan pada hari pertamanya.
Tidak menyesal dengan jawatan disandangnya, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu mengakui, cabaran itu satu pengalaman baharu buat dirinya.
“Itu bukan zoo, itu Dewan Rakyat kita. Ini pengalaman yang baik dan kita belajar daripada pengalaman itu,” katanya pada sidang media pertama selepas menangguhkan sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan tugasan hari pertama beliau yang dimulakan dengan tingkah laku kurang sopan oleh beberapa Ahli Parlimen.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua Ahli Parlimen mengamalkan penggunaan bahasa yang sopan santun di dalam dewan.
"Sejauh mana boleh mengawal Dewan Rakyat? Kita akan cuba sedaya-upaya. Itu tugas semua Ahli Parlimen termasuk Speaker dan Timbalan Speaker.
"Jika mereka (Ahli Parlimen) mahu rakyat melihat perangai mereka sebegitu, rakyat mengadili mereka. Namun kita semua menentang penghinaan jantina," katanya.
Azhar berdepan cabaran luar biasa pada hari pertamanya apabila berlaku pertelingkahan melibatkan beberapa Ahli Parlimen susulan penggunaan bahasa kurang sopan.
P. Kasthuriraani (DAP-Batu Kawan) naik berang selepas Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahim (BN-Baling) melontarkan perkataan ‘gelap’ kepadanya.
Kasthuriraani juga diminta pakai bedak oleh Abdul Azeez dan menyifatkan kenyataan itu sebagai penghinaan.
Azeez kemudian menarik balik kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#pilihan raya
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan