awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelombang panas, 69 terkorban di Kanada

Sinar Harian
Sinar Harian
30/06/2021
01:44 MYT
Gelombang panas, 69 terkorban di Kanada
Kanada mencatatkan suhu 47.9 darjah Celsius di Lytton, British Columbia yang terletak kira-kira 250 kilometer dari timur Vancouver.
VANCOUVER: Sekurang-kurangnya 69 orang di kawasan berhampiran bandar raya Vancouver, Kanada meninggal dunia ekoran gelombang panas yang melanda barat negara itu dan barat laut Pasifik Amerika Syarikat (AS), kata polis pada Selasa.
Ramai orang yang dilaporkan meninggal dunia di bandar Burnaby dan Surrey adalah terdiri daripada golongan tua atau mereka yang telah menghadapi masalah kesihatan, kata polis.
"Walaupun masih dalam siasatan tetapi suhu panas dipercayai menjadi faktor utama dalam kematian itu," kata seorang pegawai polis, Koperal Michael Kalanj menerusi satu kenyataan seperti dilaporkan AFP.
Perubahan cuaca menyebabkan suhu panas meningkat manakala gelombang panas berlaku dari Oregon di barat laut AS sehingga ke wilayah-wilayah Artik di Kanada.
Pada Isnin lalu, Kanada mencatatkan suhu 47.9 darjah Celsius di Lytton, British Columbia yang terletak kira-kira 250 kilometer dari timur Vancouver.
Dalam pada itu, Kanada mencatatkan suhu paling tinggi pada Selasa di Lytton, British Columbia iaitu 49.5 darjah Celsius sekali gus memecahkan rekod harian di bandar tersebut.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian. 69 maut akibat suhu panas di Kanada
Topic Berkaitan
#gelombang panas
#meninggal dunia
#golongan tua
#masalah kesihatan
#suhu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan