awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKR kenal pasti lebih 20 jalan Persekutuan di Kelantan perlu diselenggara
Serigala terlepas dari kandang di zoo Tokyo, pengunjung diminta berlindung
15 maut, 19 cedera bas penumpang jatuh gaung di Guatemala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelongsoran tanah: Jalan Kota Tinggi-Kluang ditutup sementara untuk kerja pembersihan

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
13/01/2021
04:21 MYT
Gelongsoran tanah: Jalan Kota Tinggi-Kluang ditutup sementara untuk kerja pembersihan
Kerja pembrsihan jalan dari kesan gelongsoran tanah sedang giat ijalankan. - Foto ihsan JKR Daerah Kluang
KLUANG:Jalan Kota Tinggi-Kluang berhampiran Taman Sri Impian yang berlaku gelongsoran tanah kira-kira jam 8.30 malam Selasa akan ditutup sehingga kerja-kerja pembersihan jalan siap dilakukan sepenuhnya.
Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kluang, Aidi Mohd Salleh yang dihubungi berkata, panjang kesan gelongsoran adalah sepanjang kira-kira 100 meter dengan ketinggian lebih 200 meter.
Manakala rentangan jalan yang terjejas dengan insiden itu pula adalah sepanjang 200 meter.
Katanya, semua kenderaan dari Kluang menuju ke Kota Tinggi akan dilencongkan melalui Jalan 1 di Taman Sri Impian, iaitu pengguna yang dari dari Kota Tinggi boleh memasuki Jalan 2 atau 3 untuk meneruskan perjalanan.
Kini kerja-kerja pembersihan sedang giat dilakukan.
Semua kerja-kerja pembersihan dijangka memerlukan masa kira-kira seminggu kerana bimbang gelongsoran baharu mungkin berlaku jika hujan berterusan.
Orang ramai disaran untuk mematuhi sebarang arahan daripada pihak yang bertugas di lapangan bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Menurut Aidi, selain jalan itu, pengguna juga boleh menggunakan Jalan Padang Tembak atau Jalan Mengkibol untuk Kota Tinggi serta kawasan petempatan yang berada di sepanjang laluan berkenaan.
Foto ihsan JKR Daerah Kluang
Foto ihsan JKR Daerah Kluang
Topic Berkaitan
#gelongsoran tanah
#Kluang
#jalan kota tinggi kluang
#JKR
#kerja pembersihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan