Skip to main content

Malaysia

Gempa 6.4 magnitud gegar Sumatera Utara

Gempa bumi Utara Sumatera
METMalaysia berkata gegaran daripada gempa bumi itu mungkin dirasai pada tahap lemah di beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. -Foto Facebook
Advertisement

KUALA LUMPUR: Gempa bumi bermagnitud 6.4 dilapor menggegarkan wilayah Sumatera Utara, Indonesia pada jam 6.54 petang Sabtu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan pusat gempa dikesan pada koordinat 2.9 darjah Utara dan 98.8 darjah Timur.

Menurut agensi itu, pusat gempa terletak kira-kira 37 kilometer barat daya Permatang Siantar, Indonesia pada kedalaman 154 kilometer.

METMalaysia berkata gegaran daripada gempa bumi itu mungkin dirasai pada tahap lemah di beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun, hasil penilaian semasa mendapati gempa bumi berkenaan tidak berpotensi mencetuskan tsunami dan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

 

Must Watch Video

Advertisement