Gempa bumi Sabah: "Jangan gegar katil bah!"
Syafique Shuib
Mac 8, 2018 23:36 MYT
Mac 8, 2018 23:36 MYT
"Jangan gegar katil bah."
Itulah perkongsian di media sosial oleh seorang netizen yang berkata katil beliau tiba-tiba bergoyang ketika sedang sibuk mengguna telefon.
Beliau menyangka kakak beliau yang menggegarkan katil.
Sebaliknya, ia gempa bumi bermagnitud 5.2 yang berlaku di daerah Ranau, Sabah pada Khamis.
Seorang lagi berkata, “Ketika sedang bermesyuarat, gambar-gambar di dinding, bumbung dan lantai bergegar."
Beberapa warga media sosial turut kongsi pengalaman mereka.
Seorang netizen bernama Peterr berkata beliau masih trauma dengan kejadian gempa bumi di 2015.
“Bukan senang untuk hilangkan rasa trauma mangsa gempa bumi,” katanya.