awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan, Razak Baginda dan dua bekas UTK bayar RM1.4 juta kepada keluarga Altantuya
Perkasa bahasa Melayu, Nga Kor Ming akui mampu bertutur enam bahasa
Nahas tren laju Sepanyol: Kerosakan penyambung rel 'fishplate' dipercayai punca
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Segamat: Tiada gegaran lebih kuat diramal, panjang sesar diukur - Pakar

Asyraf Malik
Asyraf Malik
30/08/2025
12:45 MYT
Gempa bumi Segamat: Tiada gegaran lebih kuat diramal, panjang sesar diukur - Pakar
Mohd Hisham dan Zamri memberikan analisis insiden gempa bumi di Segamat. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tiada gegaran lebih kuat dijangka melanda kawasan sekitar Segamat, berikutan enam episod gempa bumi lemah sebelum ini, terbaharu pada pagi Sabtu, berukuran 2.7 magnitud.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Mohd Hisham Mohd Anip berkata, gempa bumi merupakan fenomena pelepasan tenaga daripada aktiviti garis sesar.
"Kelazimannya, gempa bumi pertama paling besar, tenaga banyak dilepaskan ketika ini. Siri gegaran selepas itu lebih kecil, melibatkan saki-baki tenaga.
"Sekiranya berlaku gempa bumi besar, ia meliputi garis sesar lain," jelas Mohd Hisham pada Sabtu.
Tambah Mohd Hisham, setakat ini belum ada teknologi dibangunkan yang boleh meramal gempa bumi lebih awal.
"Saintis sudah keluarkan bermacam teori dan kajian, tetapi belum ada yang terbukti berkesan.
"Kalau sistem amaran awal tsunami kita ada, sebab gempa bumi itu berlaku di tempat lain, mungkin di tengah laut. Jadi sensor boleh baca dan beri amaran beberapa jam sebelum gelombang air sampai ke darat," ujarnya.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Datuk Zamri Ramli berkata produk peta seismik akan diperkenalkan di Semenanjung sebagai rujukan membina bangunan yang boleh menahan impak gempa bumi.
"Macam di Sabah, kita sudah ada enam stesen mengukur pergerakan sesar secara real-time sepanjang tahun, peralihan direkodkan adalah kecil dalam satu, dua atau empat milimeter setahun.
"Dalam kes di Segamat ini, kita lihat ia adalah sesar kuno berusia 60 juta tahun yang kembali aktif, ia sekarang melalui penyesuaian untuk menjadi stabil.
"Pada waktu ini, dengan menggunakan teknologi sedia ada dan keupayaan kecerdasan buatan (AI), kita akan tentukan berapa panjang garis sesar di Segamat," jelasnya.
Ujar Zamri lagi, ukuran kepanjangan itu penting kerana ia akan menentukan kekuatan magnitud boleh dicapai atau jumlah tenaga mampu dilepaskan garis sesar berkenaan.
Topic Berkaitan
#gempa bumi Segamat
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#Jabatan Mineral dan Geosains
#pergerakan sesar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan