Kementerian Luar hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian gempa bumi kuat yang melanda wilayah Hualien, di Taiwan pada Selasa.
"Kementerian mengesahkan sehingga kini tiada laporan kematian atau kecederaan melibatkan rakyat Malaysia di kawasan terjejas," menurutnya dalam kenyataan di sini.
Wisma Putra melalui Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia (MFTC) di Taipei sedang memantau rapi situasi ini.
Rakyat Malaysia yang menetap di Taiwan dinasihatkan agar berhati-hati dan berhubung dengan MFTC serta mematuhi semua arahan dan nasihat keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa Taiwan.
BACA: Gempa bumi Taiwan: 10 maut, 265 cedera, 58 masih hilang
BACA: Gempa bumi 6.4 magnitud di Taiwan, beberapa bangunan tumbang
BACA: Gempa kedua landa Hualien di Taiwan
Warga Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi MFTC di Tingkat 8, San Ho Plastic Building, 102, Dun Hua North Road, Taipei.
Mereka boleh menghubungi talian +(886) 22713 2626 or +(886) 905 121 171 (bagi kes kecemasan) atau e-mel [email protected].
Dilaporkan tujuh orang terkorban dan lebih 250 cedera dalam kejadian gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter yang melanda wilah Hualien yang terletak kira-kira 165km di tenggara Taipei.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2018
Wisma Putra mengesahkan sehingga kini tiada laporan kematian atau kecederaan melibatkan rakyat Malaysia di kawasan terjejas. - Foto REUTERS
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Raja Maghribi selamat jalani pembedahan akibat kecederaan bahu
Pembedahan dilakukan di Klinik Istana Diraja di Rabat oleh pasukan perubatan diketuai doktor peribadi baginda, Profesor Belyamani Lahcen.
'Palmeiras kelab bola sepak, bukan bahagian perubatan'
Neymar sedang bergelut dengan tahap kecergasannya selepas perpindahan berprofil tinggi ke kelab Liga Pro Saudi Al Hilal pada musim panas lalu.
Bicara kes cedera, khianat Norjuma bermula April dan Mei tahun hadapan
Pertuduhan itu mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Syed Saddiq cedera terlanggar dahan pokok tumbang ketika sertai Ironman Malaysia
Dipercayai kejadian berlaku semasa Syed Saddiq sedang melakukan disiplin berbasikal ketika hujan.
Ada kecederaan pada empat pelajar tahfiz, dipercayai melarikan diri - Polis
Rusdi berkata, tempoh kecederaan itu dipercayai berlaku semasa mereka berada di pusat tahfiz itu, namun perkara tersebut masih dalam siasatan.
Sembilan petugas perubatan cedera dalam serangan ke atas hospital Lubnan
Sembilan jururawat dan petugas kesihatan cedera pada Jumaat dalam serangan Israel ke atas kawasan hospital di selatan Lubnan.
Ee Wei cedera dalam kemalangan tak diduga di gim ABM
Pemain beregu campuran negara Toh Ee Wei dijangka terlepas aksi Terbuka Artic di Finland dari 8-13 Okt selepas kemalangan tak diduga di gimnasium Akademi Badminton Malaysia (ABM) Selasa lepas.
Angka korban di Gaza meningkat kepada 41,431, lebih 95,818 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat mencapai banyak mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan.
Korban Taufan Shanshan meningkat kepada enam, 125 cedera di Jepun
Angka korban Taufan Shanshan di Jepun meningkat kepada enam dan 125 cedera sementara seorang lagi hilang.
Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang
Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh anggota EMRS dan dihantar ke hospital.