awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Turkiye: Pasukan SMART antara kumpulan negara asing petama tiba

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
08/02/2023
02:15 MYT
Gempa bumi Turkiye: Pasukan SMART antara kumpulan negara asing petama tiba
Dengan keanggotaan seramai 70 anggota, pasukan itu akan membantu kerajaan Turkiye dalam misi mencari dan menyelamat mangsa yang terjejas akibat kejadian gempa bumi - Foto Kedutaan Besar Malaysia di Turkiye
PASUKAN Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang berlepas ke Turkiye menjadi antara kumpulan pasukan dari negara asing pertama yang tiba di negara itu.
Dengan keanggotaan seramai 70 anggota, pasukan itu akan membantu kerajaan Turkiye dalam misi mencari dan menyelamat mangsa yang terjejas akibat kejadian gempa bumi.
Menurut Kementerian Luar Negeri, ia selepas Malaysia dapat menghantar segera pasukan SMART dalam tempoh kurang daripada 12 jam dalam membantu pihak berkuasa tempatan.
Ia juga merupakan hasil daripada penyelarasan yang baik antara keseua agensi kerajaan Malaysia, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul serta Kedutaan Besar Republik Turkiye di Kuala Lumpur serta Turkish Airlines.
Sementara itu, Kementerian Luar Negeri turut menyarankan warga Malaysia ang berada di Turkiye, Syria dan negara-negara berdekatan untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga serta mengikuti perkembangan terkini.
Bagi yang memerlukan bantuan segera, warga Malaysia di negara-negara berkenaan dinasihati untuk segera berhubung dengan Kedutaan-Kedutaan Besar Malaysia di Amman, ANkara, Beirut atau Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul atau Konsul Kehormat Malaysia di Damsyik.
Dalam pada itu, Wisma Putra dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dilantik bagi mengetuai Pasukan Petugas secara bersama untuk menyelaraskan usaha bantuan kemanusiaan dari Malaysia termasuk daripada pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO).
Siaran Akhbar: Gempa bumi di Tenggara Turkiye dan Syria pic.twitter.com/qWT1rgZhEd
— Wisma Putra (@MalaysiaMFA) February 8, 2023
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Syria
#Turkiye
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan