awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa Sabah: "Saya jalan dululah," kata-kata terakhir Valerian

Bernama
Bernama
07/06/2015
23:13 MYT
Gempa Sabah: "Saya jalan dululah," kata-kata terakhir Valerian
Gambar yang dimuat naik oleh Valerian di laman Facebooknya pada 2 Feb 2014.
"Saya jalan dululah" kata-kata terakhir mendiang Valerian Joannes, 27, kepada bapanya selepas pertemuan antara anggota keluarga mereka pada 30 Mei lepas.
Valerian, seorang kakitangan Mountain Torq, syarikat yang mengurus laluan Via Ferrata di Gunung Kinabalu, antara mangsa yang terkorban dalam gempa bumi yang melanda Ranau pada Jumaat lepas.
Menurut sepupunya Felix Fienn, 35, mangsa sempat menghubungi rakan-rakannya yang lain dan memaklumkan dirinya bersama kumpulan pelajar dan guru dari Singapura berada dalam keadaan selamat.
"Namun, selepas gegaran itu, beliau tidak dapat dihubungi lagi," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Queen Elizabeth di sini pada Ahad.
Felix berkata ketika kejadian, Valerian yang menjadi pemandu pelancong kepada pelajar dan guru dari Tanjong Katong Primary School, Singapura itu sedang mendaki Gunung Kinabalu.
Beliau juga berkata mendiang telah bekerja di Mountain Torq hampir tiga tahun dan bakal berkahwin hujung tahun ini.
Sementara itu, bapanya Joannes Kubang, 55, berkata mendiang anaknya itu akan dibawa pulang ke kampung Bundu Tuhan, Ranau untuk dikebumikan pada Isnin.
"Memang sedih dengan kehilangannya tetapi kami menerimanya dengan tenang," katanya.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Gunung Kinabalu
#mangsa
#Ranau
#Sabah
#Singapura
#Valerian Joannes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan