252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas

Semua kesalahan itu dikenal pasti hasil pemeriksaan dan pemantauan berterusan yang dijalankan JKNPP ke atas pelbagai premis makanan di seluruh negeri sepanjang tahun lepas. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Sebanyak 252 kesalahan berkaitan kebersihan premis makanan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 direkodkan di Pulau Pinang sepanjang tahun lepas.
Ringkasan AI
- 252 kesalahan berkaitan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas, dengan 475 aduan orang awam diterima oleh JKNPP.
- Jenis premis yang paling ramai aduan termasuk restoran, kedai makan, warung, pasar raya, dan medan selera; kesalahan termasuk penjualan makanan melepasi tarikh luput dan pembungkusan makanan rosak.
- Sebanyak 12 operasi pemeriksaan dijalankan Januari 2026, dengan 10 notis kompaun bernilai RM18,500 dikeluarkan; 145 produk makanan disita kerana tidak mematuhi piawaian keselamatan, dan satu kes pelanggaran racun perosak melebihi had dibenarkan dikenakan denda RM15,000.
''Selain itu, sembilan aduan diterima membabitkan kantin sekolah, dapur taska, prasekolah atau asrama manakala perkhidmatan katering (dua) dan lain-lain (36),'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan operasi pematuhan keselamatan makanan sempena Tahun Baharu Cina 2026 (Ops Ma 2026) di sini hari ini.
Beliau berkata aduan yang diterima tidak semestinya berkaitan kebersihan sebaliknya merangkumi pelbagai aspek seperti label tidak lengkap termasuk ketiadaan butir yang dikehendaki, iaitu alamat pengimport dan tarikh luput.
Gooi berkata terdapat juga kes makanan yang telah melepasi tarikh luput tetapi masih dijual kepada pengguna dan pembungkusan makanan yang rosak serta tidak lagi sesuai untuk dipasarkan.
Katanya semua kesalahan itu dikenal pasti hasil pemeriksaan dan pemantauan berterusan yang dijalankan JKNPP ke atas pelbagai premis makanan di seluruh negeri sepanjang tahun lepas.
Beliau berkata sepanjang Januari 2026, sebanyak 12 operasi pemeriksaan telah dijalankan dengan 10 notis kompaun bernilai keseluruhan RM18,500 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan khususnya pelabelan tidak lengkap, makanan melepasi tarikh luput serta kerosakan fizikal pada pembungkusan makanan.
Gooi berkata selain kompaun, pihaknya turut menjalankan 145 sitaan produk makanan dengan nilai hampir RM700 membabitkan makanan yang didapati tidak mematuhi piawaian keselamatan ditetapkan.
"Dari aspek pensampelan makanan, satu kes pelanggaran telah direkodkan melibatkan kandungan racun perosak melebihi had dibenarkan dan dikenakan denda RM15,000 terhadap pihak terlibat selepas ujian makmal mengesahkan pelanggaran di bawah Akta Makanan 1983,'' katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


