awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa Turkiye, Syria: Brahim's sumbang 30,000 peket makanan sedia dimakan

Astro Awani
Astro Awani
17/02/2023
13:30 MYT
Gempa Turkiye, Syria: Brahim's sumbang 30,000 peket makanan sedia dimakan
Penyerahan dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Desatera Sdn Bhd, Datuk Paduka Faizal Nurbi kepada Timbalan Ketua Protokol Kementerian Luar Negeri, Radzi Jamaludin dan Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA, Sapian Mamat.
BANGI: Atas dasar menjalankan tanggungjawab sosial, Kumpulan Syarikat Brahim's Dewina menyumbang 30,000 peket hidangan sedia dimakan (ready to eat) ke Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri (TBKLN) bagi membantu mangsa bencana gempa bumi di Turkiye dan Syria.
Dalam satu kenyataan, syarikat itu memaklumkan sumbangan terdiri daripada 20,000 peket Nasi Briyani Ayam dan 10,000 peket Nasi Briyani Kambing.
Sebanyak 8,000 peket Nasi Briyani Ayam akan diterbangkan ke Damsyik pada Sabtu (18 Februari) menggunakan pesawat TUDM, manakala bakinya akan diserahkan kemudian.
Sesi simbolik penyerahan sumbangan produk Brahim’s kepada Kementerian Luar Negeri telah diadakan hari ini di kilang Dewina Food Industries di sini.
Penyerahan dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Desatera Sdn Bhd, Datuk Paduka Faizal Nurbi kepada Timbalan Ketua Protokol Kementerian Luar Negeri, Radzi Jamaludin dan Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA, Sapian Mamat.
"Kerajaan Malaysia telah menubuhkan tabung khas bencana untuk membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.
"Sebagai warga korporat yang baik, syarikat menyertai tabung khas bencana melalui sumbangan makanan," katanya.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Turkiye
#Syria
#Brahim's
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan