awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa Turkiye-Syria: Rumah kontena untuk mangsa dijangka siap dalam sebulan

Israr Khalid
Israr Khalid
14/02/2023
20:50 MYT
Gempa Turkiye-Syria: Rumah kontena untuk mangsa dijangka siap dalam sebulan
Mercy Malaysia akan terus berada di Turkiye selama sebulan lagi khusus untuk mengenal pasti bentuk program yang boleh dibuat bagi menampung keperluan-keperluan semasa.
KUALA LUMPUR: Mercy Malaysia akan membantu Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) membina rumah kontena untuk mangsa serta keperluan lain bagi membangunkan semula kehidupan mereka.
Maklum Exconya Norazam Abu Samah, rumah kontena tersebut dijangka siap dalam tempoh sebulan untuk menempatkan lebih 200,000 mangsa gempa dari khemah penempatan sementara.
Sehubungan itu, Mercy Malaysia akan terus berada di Turkiye selama sebulan lagi khusus untuk mengenal pasti bentuk program yang boleh dibuat bagi menampung keperluan-keperluan semasa, terutama di fasa pemulihan awal ini.
“Inilah alternatif yang terbaik dan kami pun sempat berbincang dengan wakil daripada AFAD di mana mereka berusaha untuk dalam tempoh sebulan akan selesaikan ribuan rumah kontena supaya mangsa boleh terus duduk di dalam rumah tersebut.
“Keperluan-keperluan yang kita akan lihat adalah, baik dari segi kesihatan atau menyokong dan menyumbang rumah-rumah kontena ini, supaya ada perkampungan yang boleh kami kenal pasti dan lihat bagaimana kita boleh bangunkan semula kehidupan mereka,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Bukan sekadar keperluan asas kebendaan, Mercy Malaysia juga akan membantu dalam aspek pemulihan trauma menerusi program psikososial dan kefahaman tentang pengurusan dan persediaan mendepani bencana di masa hadapan.
Matlamatnya adalah supaya masyarakat yang terlibat dapat lebih berdaya tahan dan punyai semangat untuk bangkit segera daripada musibah ini, tambah Norazam.
Gempa Turkiye-Syria: Rumah kontena untuk mangsa akan siap dalam sebulan
Dapatkan berita dan informasi terkini berkaitan gempa di Turkiye dan Syria di sini
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#mercy malaysia
#gempa Turkiye-Syria
#rumah kontena untuk mangsa gempa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan