awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[GEMPAR!] Apa Masalahnya Kalau Dato’ Seri Vida Mahu ‘Pink’ kan Padang Bolanya!

Astro Publication
Astro Publication
16/03/2016
11:20 MYT
[GEMPAR!] Apa Masalahnya Kalau Dato’ Seri Vida Mahu ‘Pink’ kan Padang Bolanya!
Berapa ramai yang sanggup jadi seperti Dato’ Vida? Tidak segan, tidak kisah dikutuk dan buat trademark ‘meloyakan’, tapi itulah kunci kerjayaanya.

Ada yang berbisik kepada Miss Cherry, “Alah bukan susah nak keluarkan produk macam Qu Puteh itu. Aku tahu macam mana?” Betul. Menghasilkan sesuatu produk itu mudah tetapi untuk memastikan orang pegang dan beli produk itu yang payah. Yang mampu melancarkan produk sendiri mudah dicari, tapi berapa ramai yang sanggup jadi seperti Dato’ Vida itu? Tidak segan. Tidak malu. Tiada istilah, ‘apa orang cakap’. Tidak kisah dikutuk. Tidak peduli pakai lain daripada yang lain, membuat pelbagai trademark yang ada kata ‘meloyakan’. Miss Cherry akui mula-mula beliau muncul pun, Miss Cherry terpegun. Dalam hati berdetik, “Apa mak cik ni buat? Kenapa dia jadi sampai macam ni? Kenapa nak jual produk sehingga sanggup memperlakukan diri seumpama itu?”

Namun, lama-lama Miss Cherry diam sendiri. Dan mengakui itulah tanggapan orang yang tak kaya-kaya macam Miss Cherry. Hanya tahu kritik tapi apa yang ada pada diri sendiri untuk dibanggakan? Setakat cukup makan dan pakai sendiri, dan menjadi orang normal, tidak digelakkan orang, adakah itu yang buat Miss Cherry rasa diri ini lebih bagus daripada mak cik Qu Puteh itu? Oh, Miss Cherry muhasabah diri selepas itu. Setidak-tidaknya, dalam dia menggelinjang di pentas Gegar Vaganza, berkucup-kucup muahh di iklannya, dia sudah menyumbangkan berapa Ringgit Malaysia untuk membangunkan pusat tahfiz, masjid-masjid, sekolah agama dan membantu seberapa ramai anak-anak yatim, warga tua, golongan miskin dan selayaknya yang dibantu. Dan kita ini? Baru seringgit masuk ke tabung masjid, sudah ‘eksyen’. Merungut kalau di masjid itu hampar sejadahnya buruk, tandas kotor. Kononnya, persoalkan ke mana perginya wang derma masjid? Hey, baru seringgit! Nak beli berus tandas pun tak lepas!

Players seat... Di Stadium
A photo posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on
Mar 15, 2016 at 10:53am PDT
Topic Berkaitan
##DatoVida
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan