awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Generasi baharu perlu hormat Perlembagaan - Abu Zahar Ujang

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
17/09/2015
07:54 MYT
Generasi baharu perlu hormat Perlembagaan - Abu Zahar Ujang
ABU ZAHAR: Generasi kini harus menghormati kepentingan Melayu dan kedudukan Diraja seperti yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. -Gambar fail
Generasi baharu harus menghormati kepentingan Melayu dan kedudukan Diraja seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mengelak kewujudan elemen yang mempersoalkannya, kata Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
“Generasi kini perlu menghormatinya (Perlembagaan), kedudukan Diraja dan Agong. Sosial media kini hanya memperlekehkannya.
Menurut Abu Zahar, perbuatan mencaci dan membuat sesuatu gambaran yang amat memalukan boleh disifatkan sebagai menderhaka kepada bangsa.
Beliau berkata demikian di satu sidang media selepas Siri Wacana Fikrah Ummah: "Peranan Institusi Parlimen dalam Menjaga Kepentingan Melayu menerusi Perlembagaan” di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, warganegara Malaysia perlu memahami perkara yang telah dipersetujui dan dipraktikkan sebagai kontrak sosial semenjak negara ini mengecapi kemerdekaan 58 tahun lalu.
Beliau berkata kalau perkara ini berlaku di negara-negara monarki yang lain, orang yang melakukannya tidak akan terlepas.
“Kalau di negara-negara yang ada monarki, seperti Thailand, mana-mana warganegara yang mencaci Raja akan dikenakan tindakan berat. Jadi, kita hendak warganegara kita hormati cari hidup kita.
“Kita telah menikmati keamanan dan keharmonian selama ini. Kenapa sekarang? Jadi generasi baru perlu memahami ini,” katanya.
Topic Berkaitan
#kedudukan Diraja
#monarki
#Perlembagaan Malaysia
#Tan Sri Abu Zahar Ujang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan