SUNGAI PETANI: Misteri kehilangan buah sawit yang menghantui pemilik ladang sebelum ini akhirnya terungkai selepas polis berjaya menahan tiga ‘Geng Ed Sawit’ di sebuah rumah di kawasan Merbok, di sini, pada Ahad.
Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, ketiga-tiga lelaki itu ditahan pada pukul 10 pagi selepas anggota dari Bahagian Risikan/ Operasi/ Rekod Jenayah (D4) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah melakukan intipan selama dua minggu.
Menurut beliau, ketika serbuan dilakukan, kesemua suspek sedang tidur dan tidak menyedari kehadiran polis.
“Hasil serbuan itu, polis turut merampas barang yang dipercayai digunakan suspek dalam kegiatan mencuri buah sawit seperti parang pemotong sawit, sebuah motosikal jenis Honda dan sejumlah resit jualan buah sawit," katanya ketika dihubungi hari ini.
Wan Hassan berkata, pemeriksaan lanjut turut mendapati motosikal itu dilaporkan hilang pada tahun 2019 di Kuala Muda berikutan nombor enjin motosikal terbabit sudah dicanai dan diubah nombor pendaftarannya.
“Siasatan awal ke atas suspek turut mengaku melakukan aktiviti curi buah kelapa sawit ini sebanyak tiga kali di kawasan Merbok, Semeling dan Bedong.
"Siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti pembabitan kumpulan ini dengan beberapa kes kehilangan curi sawit yang lain," ujarnya.
Jelas Wan Hassan, hasil semakan mendapati ketiga-tiga suspek berusia 27 hingga 34 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan curi lembu, curi kenderaan dan dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK) dan 379A KK.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Jul 18 2022
Misteri kehilangan buah sawit terungkai selepas polis berjaya menahan tiga Geng Ed Sawit di sebuah rumah di kawasan Merbok, Sungai Petani, pada Ahad. - Gambar PDRM
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
AWANI Tonight: Batu Puteh RCI: PM dismisses persecution claims against Tun M
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim clarified that the Royal Commission of Inquiry on the Batu Puteh case was not to target Tun Dr. Mahathir Mohamad, noting that the special task force was formed under Datuk Seri Ismail Sabri's administration.
AWANI Tonight: Indonesia’s Prabowo mulls scrapping regional elections to cut costs
Indonesian President Prabowo Subianto suggests doing away with one of the country’s two nationwide elections to cut costs, resembling a model used during the country’s three-decade authoritarian rule.
AWANI Ringkas: Musa Aman bakal TYT Sabah baharu?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
'Geng Ed Sawit' dicekup ketika tidur, misteri buah sawit hilang terjawab
Kesemua anggota kumpulan itu tidak sedar polis lakukan serbuan.