awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jenazah ibu selamat dikebumikan, ayat Anuar Zain undang sebak
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Geng Kangkang' curi ubat farmasi diburu

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
14/12/2017
12:41 MYT
'Geng Kangkang' curi ubat farmasi diburu
Anggota sindiket 'Geng Kangkang' dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) ketika mencuri barangan di farmasi di Dungun. - Astro AWANI
Tiga wanita yang digelar 'Geng Kangkang' aktif menjadikan farmasi di Terengganu sebagai sasaran terbaru.
Mereka dipercayai telah melarikan ubat-ubatan daripada sebuah farmasi di Batu 49 di sini, Selasa lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, dua suspek yang berusia sekitar 30-an berpura-pura bertanyakan kepada seorang pekerja tentang barangan yang dipamerkan di farmasi itu.
Melihat pembantu farmasi sibuk melayan kedua-dua suspek, seorang lagi suspek bergerak ke sebuah rak untuk melihat ubat-ubatan sebelum memasukkan barangan terserbut di celah kangkangnya.
Menurut pemilik farmasi, Nor Amizah Ismail, dia tidak menyangka premis perniagaan yang baru dibukanya Oktober lalu turut menjadi sasaran.
Katanya, sebelum ini dia hanya mengetahui tentang kegiatan kecurian dengan taktik tersebut menerusi laman sosial.
"Sebenarnya saya sudah tahu tentang mereka. Waktu awal-awal buka farmasi, saya sudah maklumkan pada pekerja tentang tiga wanita ini. Tetapi sewaktu kejadian, tidak terlintas di fikiran yang wanita-wanita itu adalah tiga suspek yang dicari," kata Nor Amizah.
"Syukur Alhamdulillah, saya tiba di kedai awal jadi mereka tak sempat ambil banyak barang dari farmasi ni," tambahnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Katanya, pihak polis tidak menolak kemungkinan sindiket ini sudah lama beroperasi dan menyasarkan farmasi yang baru dibuka untuk menjalankan kegiatan mereka.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun di talian 09-848 2222.
Topic Berkaitan
#curi ubat
#farmasi
#geng kangkang
#kecurian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan