awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Geng Vanette curi kenderaan, pecah premis tumpas

Sinar Harian
Sinar Harian
07/09/2022
21:45 MYT
Geng Vanette curi kenderaan, pecah premis tumpas
Ramli (kanan) menunjukkan van jenis Nissan Vanette yang dirampas daripada tiga lelaki pada sidang media di IPD Kuala Selangor pada Rabu. - Foto Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Kumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Vanette tumpas selepas terlibat dalam kegiatan curi kenderaan dan pecah premis perniagaan di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Perak.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kumpulan dianggotai tiga individu yang amat dikehendaki polis itu dicekup dalam serbuan di beberapa rumah berasingan di sekitar Damansara jam 4 pagi pada 29 Ogos lalu.
Menurutnya, ketiga-tiga suspek berusia 29 hingga 37 tahun itu juga mempunyai rekod lampau jenayah dan narkotik.
"Hasil ujian air kencing mendapati dua daripada tiga suspek terbabit positif dadah jenis methamphetamine," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada Rabu.
Menurut Ramli, modus operandi suspek adalah menggunakan van jenis Nissan Vanette dan bergiat aktif sejak setahun lalu.
"Hasil soal siasat mendapati semua suspek mengaku terbabit dalam kegiatan pecah kedai dan curi kenderaan," ujarnya.
Jelas Ramli, berikutan penahanan tiga suspek, polis merampas dua lori, enam van dan tiga kereta dengan semua kenderaan terbabit dijumpai di sekitar kawasan Lembah Klang dengan nilai rampasan RM210,000.
"Setiap kenderaan disimpan di lokasi berlainan dan semakan mendapati lori, van dan kereta ini masih mempunyai rekod kenderaan hilang," ujar beliau.
Menurut Ramli, Geng Vanette terbabit tidak tertumpu pada satu-satu tempat dan akan ke lokasi selamat selepas melakukan kegiatan itu.
"Kita percaya sebanyak tujuh kes membabitkan pecah premis perniagaan dan curi kenderaan berjaya diselesaikan.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Geng Vanette
#Ramli Kasa
#pecah kedai dan curi kenderaan
#IPD Kuala Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan