awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gentian optik jalur lebar Allo Technology: TNB sasar 300,000 premis

Aida Aziz
Aida Aziz
21/02/2022
08:28 MYT
Gentian optik jalur lebar Allo Technology: TNB sasar 300,000 premis
Hasan (tengah) sewaktu majlis perasmian Rangkaian Infrastruktur Jalur Lebar Allo Technology peringkat negeri Perak hari ini. Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (kiri). - Foto Astro AWANI
IPOH: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyasarkan untuk meluaskan capaian rangkaian infrastruktur gentian optik jalur lebar Allo Technology, sehingga 300,000 premis di Semenanjung Malaysia menjelang akhir tahun ini. 
 Pengerusinya, Datuk Seri Hasan Arifin berkata selepas dilaksanakan di tujuh negeri, TNB menerusi syarikat milik penuhnya Allo Technology Sdn Bhd (Allo) kini giat melengkapkan capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi itu di enam lagi negeri. 
 Hasan berkata, tunjang kepada perkhidmatan ini adalah talian fiber optik sepanjang 18,000km milik TNB, di samping capaian infrastruktur meluas kepada para pelanggan menerusi tiang-tiang elektrik di seluruh Semenanjung. 

"Capaian jalur lebar itu telah mampu diakses oleh lebih 180,000 premis di Melaka, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor. 
 "Kelebihan teknologi Allo ini ialah ia lebih murah, teknologinya sama oleh kerana kita mempunyai infrastruktur fiber optik yang sedia ada rangkaian itu. Jadi ia lebih murah dan menepati keperluan terutama masyarakat di luar bandar. 
 "Teknologi jalur lebar ini juga dapat memenuhi keperluan rakyat di semua peringkat seperti peniaga, pelajar sekolah dan universiti termasuk kakitangan kerajaan yang bekerja dari rumah," katanya. 
 Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Rangkaian Infrastruktur Jalur Lebar Allo Technology peringkat negeri Perak yang dilaksanakan anak syarikat TNB, Allo Technology Sdn Bhd di sini pada Isnin. 
 Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad turut hadir untuk merasmikan majlis tersebut. 
 Ujarnya lagi, buat masa ini teknologi itu dilaksanakan di kawasan yang hampir dengan rangkaian gentian optik, selain menyokong Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA). 
 Jelasnya, rangkaian gentian optik ke rumah itu dimanfaatkan menerusi konsep rangkaian akses terbuka. 
 "Allo sebagai penyedia rangkaian akses terbuka meluaskan potensi capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi menerusi kerjasama dengan tujuh pembekal perkhidmatan runcit atau retail service providers seperti Maxis, Astro, Digi dan Celcom," katanya. 
 Ditanya tentang perancangan untuk meluaskan rangkaian itu ke Sabah dan Sarawak, ujarnya fasiliti untuk kemudahan tersebut buat masa ini hanya terdapat di Semenanjung Malaysia. 
 "Sabah dan Sarawak belum lagi, (kemudahan gentian optik), ini kerana fasiliti sedia ada untuk TNB di Semenanjung sahaja," katanya lagi. 
 Terdahulu, dalam majlis perasmian itu beliau berkata infrastruktur gentian optik tersebut telah menghubungkan 56,132 kediaman di enam kawasan di negeri Perak.
Topic Berkaitan
#TNB
#jalur lebar
#Allo Technology
#internet berkelajuan tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan