KUALA LUMPUR: Gerai jualan ayam dan telur di Jualan Jelajah Ehsan Rakyat (JER) 2.0 di Taman Nirwana, Ampang di sini menjadi tumpuan apabila diserbu pengunjung untuk mendapatkan bekalan bahan itu dengan harga murah.
Walaupun hanya terhad seekor ayam dan sepapan telur untuk setiap orang, tinjauan mendapati pengunjung sanggup beratur seawal 8 pagi kerana barangan tersebut dijual pada harga runtuh, iaitu masing-masing hanya RM10.
Selain ayam standard dan telur gred B itu, turut dijual pada harga murah ialah daging beku import (RM10 per pek), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).
Bagi pengunjung Jabariah Hussin, 66, beliau bersyukur terdapat program seumpama itu ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan harga barangan ketika ini.
"Kalau pergi ke mana-mana pasar raya, perbelanjaan untuk membeli enam barangan keperluan asas ini tidak lari daripada RM100, sebab itu makcik pastikan akan sentiasa datang program apabila berkesempatan, banyak jimat," katanya ketika ditemui pemberita di jualan berkenaan semalam.
Jackson Liu, 27, pula mengharapkan program tersebut dapat diadakan untuk tempoh yang lama, bagi mengurangi bebanan kos sara hidup ketika ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor Izham Hashim berkata pada tahun ini, kerajaan negeri memperuntukkan RM20 juta untuk melaksanakan JER 2.0 di 1,200 lokasi berbanding 711 lokasi pada tahun lepas, melalui penganjuran JER 1.0.
"Sejak dilaksanakan tahun lepas, kita dapati sambutan mengalakkan dengan anggaran dua juta penduduk mendapat manfaat.
"Disebabkan itu, tahun ini kita peruntukan RM20 juta agar dapat melaksanakannya di 1,200 lokasi sehingga Mei dan selepas itu, kita akan lihat kewajaran sama ada terdapat keperluan untuk menyambung program atau sebaliknya," kata beliau.
Inisiatif JER dimulakan pada September lepas, dilaksanakan di sembilan daerah hampir setiap hari dan menawarkan enam barangan keperluan asas pada harga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023
Pengunjung tidak melepaskan peluang membeli barangan dengan harga murah pada Majlis Pelancaran Jualan JER 2.0 di Taman Nirwana, Ampang, 4 Feb 2023. -- fotoBERNAMA
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara
Sebanyak 187 siasatan dijalankan di bawah undang-undang hak kebebasan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
[TERKINI] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke Final Jelajah Dunia BWF
Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi apabila menewaskan pasangan Indonesia.
Gerai jual ayam dan telur RM10 diserbu pengunjung di Jualan JER 2.0
Pengunjung sanggup beratur seawal 8 pagi kerana barangan tersebut dijual pada harga runtuh, iaitu masing-masing hanya RM10.
Program JER 2.0 kembali Januari depan dengan lebih banyak pilihan
Jumlah barangan jualan akan ditambah pada program JER 2.0 dan sehingga sejuta pembeli dapat menikmati manfaat daripada program tersebut.