awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gerakan Blockout 2024 ada akaun IG senarai artis tempatan perlu, tak perlu boikot

Gempak
Gempak
15/05/2024
05:16 MYT
Gerakan Blockout 2024 ada akaun IG senarai artis tempatan perlu, tak perlu boikot
Kempen ini mempunyai laman Instagram sendiri bagi tujuan memberi informasi tentang artis-artis tempatan yang perlu diboikot atas dasar berdiam diri berkaitan kekejaman di Palestin.
GERAKAN Blockout 2024 yang tercetus baru-baru ini berjaya menguasai media sosial.
Kempen yang berasal dari luar negara itu merupakan salah satu cara menunjukkan sokongan terhadap negara Palestin.
Ia dilakukan dengan cara memboikot selebriti-selebriti atau pempengaruh yang tidak menggunakan medium tersebut sebagai ruang untuk bersuara berhubung kekejaman Israel.
Ada Akaun IG Sendiri
Terkini, kempen yang juga sudah sampai ke Malaysia itu turut mempunyai laman Instagram sendiri bagi tujuan memberi informasi terhadap netizen tentang artis-artis tempatan yang perlu diboikot atas dasar berdiam diri berkaitan kekejaman di Palestin atau pun bekerjasama mempromosikan produk-produk yang didakwa memberi sumbangan terhadap Zionis.
Bukan itu sahaja, turut dapat dilihat laman Instagram berkenaan menunjukkan beberapa selebriti seperti Daiyan Trisha, Nadia Brian dan Fazura yang menunjukkan sokongan terhadap negara yang terletak di Asia Barat itu.
View this post on Instagram
A post shared by BLOCKOUT MALAYSIA 2024
Ikut IG Luar Negara
Berdasarkan penelitian, laman Instagram yang dinamakan sebagai @blockout2024my merupakan ikutan daripada akaun Instagram asal gerakan berkenaan iaitu @blockoutnow yang menyenaraikan artis-artis dunia yang perlu disekat dan diboikot atas dasar sama.
Mempunyai lebih daripada 11,000 pengikut, akaun Instagram @blockoutnow turut menyediakan link untuk orang ramai menderma kepada Palestin.
View this post on Instagram
A post shared by blockoutNOW (@blockoutnow)
Terdahulu, gerakan itu berjaya memberi impak terhadap ramai pempengaruh dan selebriti apabila majoriti mula bersuara dan memuat naik berkaitan Palestin.
Selain itu, ada juga selebriti yang mengeluarkan kenyataan menjelaskan hal sebenar di sebalik kerjasama dengan produk yang dikatakan memberi sumbangan terhadap Israel.
Sekadar info, setakat ini difahamkan lebih 30,000 penduduk Palestin telah dibunuh oleh Zionis sejak pertempuran yang berlaku pada 7 Oktober lalu.
Topic Berkaitan
#blockout 2024
#boikot artis
#media sosial
#Palestin-Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan