awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribuan menunggu pemindahan dari Gaza susulan pembukaan semula lintasan Rafah
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gerakan sekolah selamat serah memorandum kepada Fadhlina, tuntut reformasi sistem pendidikan

Pia Ernadya
Pia Ernadya
22/10/2025
09:17 MYT
Gerakan sekolah selamat serah memorandum kepada Fadhlina, tuntut reformasi sistem pendidikan
Menurut Ain Husniza (kanan), Fadhlina (kiri) telah memberi komitmen untuk meneliti dan melaksanakan tuntutan yang dikemukakan.
KUALA LUMPUR: Gerakan Sekretariat Sekolah Selamat (SSS) hari ini menyerahkan memorandum #MakeSchoolASaferPlace kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menuntut tindakan segera ke arah reformasi sistem pendidikan.

Ringkasan AI
  • Gerakan Sekretariat Sekolah Selamat (SSS) menyerahkan memorandum #MakeSchoolASaferPlace kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dengan 11 tuntutan termasuk Akta Anti-Buli dan Akta Gangguan Seksual di Sekolah.
  • SSS menuntut tindakan segera dan reformasi sistem pendidikan, bukan sekadar janji, serta memberi tempoh 30 hari kepada Fadhlina untuk melaksanakan perubahan.
  • Tuntutan lain termasuk sokongan psikososial, audit keselamatan, pendidikan seksual dan mental, serta penubuhan Suruhanjaya Sekolah Selamat.

Memorandum yang mengandungi 11 tuntutan itu diserahkan oleh wakil SSS, Ain Husniza Saiful Nizam, di hadapan bangunan Parlimen, yang turut menegaskan bahawa pihaknya mahu tindakan segera dan bukan sekadar janji.
“YB Fadhlina Sidek telah memberi komitmen untuk melunaskan tuntutan kami. Tapi kami bukan hanya mahu kata-kata. Kami mahu tindakan; kami mahu reformasi sistem pendidikan.
“Anak muda seperti Iman dan Jess, masing-masing berusia 14 dan 16 tahun, datang ke Parlimen hari ini hanya untuk minta sekolah yang lebih selamat.
"Kami benar-benar berharap janji itu ditepati,” katanya dalam sidang media selepas penyerahan memorandum.
SIARAN AKHBAR/PRESS STATEMENT SEKRETARIAT SEKOLAH SELAMAT Hari ini, pelajar, NGO dan orang awam berarak ke Parlimen bersama Sekretariat Sekolah Selamat menuntut tindakan sebenar untuk menjadikan sekolah tempat yang selamat. Walaupun cuaca yang tidak menentu, mahasiswa dan anak pic.twitter.com/0SAE1nFzmL
— Ain Husniza #MakeSchoolASaferPlace (@ainhsaifulnizam) October 22, 2025
Ain Husniza turut menegaskan bahawa krisis keselamatan pelajar yang melanda negara ketika ini bukan lagi isu disiplin terpencil, sebaliknya mencerminkan kegagalan sistemik yang memerlukan reformasi menyeluruh.
“Yang pertama, kami menuntut penggubalan Akta Anti-Buli yang mewajibkan pelaksanaan program pencegahan dan intervensi di semua sekolah, termasuk latihan khusus untuk guru dan warden asrama.
“Yang kedua, kami mendesak Akta Gangguan Seksual di Sekolah bagi melindungi pelajar daripada gangguan dan penderaan seksual.
“Yang ketiga, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu memperkukuh sistem sokongan psikososial secara struktur dan profesional,” katanya dalam sidang media selepas penyerahan memorandum.
Selain itu, memorandum turut menyenaraikan beberapa tuntutan lain, antaranya:
  • Mekanisme laporan yang mesra kanak-kanak
  • Audit keselamatan fizikal sekolah
  • Pendidikan seksual komprehensif dan kesihatan reproduktif
  • Penilaian kesihatan mental berkala untuk guru dan murid
  • Pendidikan kesejahteraan mental dan kecerdasan emosi dalam kurikulum
  • Penubuhan Suruhanjaya Sekolah Selamat
  • Pendekatan berasaskan komuniti dan pembangunan kapasiti
  • Desakan agar Fadhlina meletakkan jawatan sekiranya gagal melaksanakan reformasi dalam tempoh 30 hari
“Sekolah harus menjadi tempat paling selamat selepas rumah pelajar.
"Jika KPM gagal melaksanakan reformasi yang kami tuntut, maka YB Fadhlina perlu berundur dan memberi ruang kepada individu lain yang mampu memulihkan kepercayaan rakyat terhadap sistem pendidikan negara,” tegas Ain Husniza.
Topic Berkaitan
#KPM
#Fadhlina Sidek
#MakeSchoolASaferPlace
#Gerakan Sekretariat Sekolah Selamat
#Ain Husniza Saiful Nizam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan