Gerakan Media Marah (Geramm) memandang berat pelbagai sekatan dan layanan ala samseng ke atas barisan wartawan yang membuat liputan di Perhimpunan Agung UMNO 2015 sepanjang ia berlangsung minggu ini.
Geramm menyifatkan tindakan sekretariat parti dan kakitangan UMNO adalah sebagai penghinaan kepada media, malah menidakkan hak orang ramai untuk mendapat maklumat apa yang berlaku dalam parti Melayu yang menguasai keraajan Barisan Nasional itu.
“Kebimbangan terbesar kami adalah ketika wartawan dari portal berita Malaysiakini dan The Malaysian Insider dihalau keluar dari PWTC hari ini.
“Dua pekerja parti memakai tag ‘Sekretariat’ mengarahkan kedua-dua wartawan berkenaan meninggalkan bangunan tersebut atas arahan dari Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor,” kata Geramm dalam satu kenyataan media.
Pada sidang akhbar selepas itu, Tengku Adnan menyatakan bahawa kedua-dua wartawan berkenaan diusir keluar kerana telah mencuri dokumen parti.
Namun, Geramm dalam kenyataannya berkata perkara berkenaan jika benar berlaku seharusnya dilaporkan kepada pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum keputusan mengusir keluar dilakukan.
“Aduan rasmi atau laporan polis boleh atau tindakan undang-undang boleh diambil jika perkara itu benar-benar didapati berlaku.
“Benarkah ada perkara yang disembunyikan parti daripada diketahui orang ramai sehingga liputan media disekat, seperti mereka menyekat beberapa pemimpin yang tidak berpuas hati untuk bercakap mengenai kepimpinan parti?” katanya.
Dalam kenyataan yang sama, Geramm turut mengutuk tindakan Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang dakwanya mengharamkan wartawan bukan Islam membuat liputan ke atas pelancaran Puteri DIAN atas alasan tidak memahami inisiatif yang dilancarkan.
Astro Awani
Sat Dec 12 2015

Geramm menyifatkan tindakan sekretariat parti dan kakitangan UMNO adalah sebagai penghinaan kepada media.

AWANI Ringkas: PERMAI | RM150 Juta lagi diperuntukkan untuk GKP
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Bayaran BPN 2.0 ambil masa seminggu dikreditkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Cabar pengisytiharan darurat? Itu gembar-gembur politik sahaja - Anwar Ibrahim
"Dakwaan yang mengatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pengisytiharan darurat adalah gembar-gembur politik sahaja," kata Anwar.

Darurat punca kadar pelaburan asing jatuh - Anwar
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa alasan berdepan cabaran pandemik COVID-19 sebagai punca pengaliran masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) merosot sehingga 68 peratus tidak boleh digunapakai.

Cabar perisytiharan darurat? Itu politik sahaja - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa permohonan di Mahkamah Tinggi itu adalah bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman berhubung peranan Perdana Menteri dalam pengisytiharan darurat dan penggantungan parlimen.

Kerajaan perlu akui FDI negara teruk, COVID-19 bukan alasan - Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan kerajaan perlu lebih telus dan belajar menerima kenyataan.

Kerajaan perlu akui pelaburan negara semakin teruk
Ketua Pembangkang , Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan kerajaan perlu lebih telus dan belajar menerima kenyataan selepas melihat ekonomi negara semakin parah.
![[INFOGRAFIK] Laporan LAKSANA ke-38 [INFOGRAFIK] Laporan LAKSANA ke-38](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887455/8967789641611756208061_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Laporan LAKSANA ke-38
Berikut merupakan laporan Laksana ke-38 oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).

AWANI Ringkas: 150,000 bantuan komputer riba diagih Februari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pemuda UMNO tidak sebelahi mana-mana kem - Asyraf Wajdi
UMNO akan memastikan parti politik utama di Malaysia itu tidak berpecah, kata ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Geramm minta kurangkan risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan media
Geramm minta kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan dan pemimpin politik agar mempertimbangkannya.

NGO sedia jumpa Pandikar selesai isu liputan media di Parlimen
Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Geramm, FCCM, IoJM bersedia untuk bertemu Speaker Dewan Rakyat bagi membincangkan penyelesaian dalam isu larangan liputan media di Parlimen.

Geramm kesal sikap Lim Kit Siang terhadap wartawan TV3
Sebagai ahli politik veteran, Lim seharusnya memberi contoh yang baik dengan tidak bersikap kasar terhadap petugas media.

Whistleblower: Geramm beri reaksi terhadap kenyataan Peguam Negara
Gerakan Media Marah (Geramm) hari ini mendesak agar Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dikaji semula untuk membolehkan golongan wartawan melaporkan kebenaran tanpa mendedahkan sumber.

Geramm kesal beberapa wartawan disekat buat liputan PU UMNO 2015
Geramm memandang berat pelbagai sekatan dan layanan ala samseng ke atas barisan wartawan yang membuat liputan di Perhimpunan Agung UMNO 2015.

Media sosial gerak kempen solidariti #AtTheEdge
Baru sehari kempen solidari bersama kumpulan media The Edge, hahstag #AtTheEdge sudah mendapat sambutan.

The Edge: NGO anjur himpunan besar solidariti media 8 Ogos ini
Sebuah perhimpunan besar bakal diadakan oleh beberapa NGO, 8 Ogos ini sebagai tanda solidariti kepada kumpulan media The Edge.

Jambangan bunga tanda solidariti buat The Edge
Geramm bersama beberapa NGO hari ini menghantar bunga kepada kumpulan media The Edge sebagai tanda solidariti.

Geramm kutuk tindakan KDN gantung permit The Edge
Geramm mengutuk keputusan Kementerian Dalam Negeri KDN untuk menggantung permit penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan bermula dari 27 Julai.

Pendakwah bebas dakwa wujud 'Berhala Berserban' dalam masyarakat
Golongan ini sering membodohkan masyarakat atas nama agama dan membina ketaksuban kepada mereka.