SHAH ALAM: Gerakan Media Merdeka (Geramm) kesal dengan insiden kekasaran terhadap tiga petugas media, dipercayai melibatkan anggota pasukan keselamatan dalam acara pelancaran Perikatan Nasional (PN) Kelantan di Tanah Merah, Kelantan pada Sabtu.
Geramm dalam satu kenyataan menjelaskan, seorang wartawan lelaki mendakwa telah 'ditampar' di bahagian perut, manakala seorang lagi wartawan wanita mendakwa 'dicengkam leher' ketika berada di bawah pentas utama yang membariskan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta dua pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
“Kedua-dua wartawan mendakwa telah dikasari oleh pengawal peribadi atau anggota Unit Tindakan Khas yang cuba menghalang mereka dari berada di sekitar tangga pentas untuk mengambil gambar gimik pelancaran.
“Difahamkan, seorang lagi wartawan juga telah ditolak dengan kasar bagi menghalang daripada mendekati barisan pemimpin. Tidak dapat dipastikan sama ada insiden itu melibatkan individu yang sama atau berbeza.
“Sejurus insiden berlaku, difahamkan pegawai kepada salah seorang pemimpin terbabit telah meminta media untuk naik ke pentas utama bagi sesi sidang media,” menurut kenyataan itu.
Geramm turut menegaskan, sebarang bentuk kekasaran terhadap wartawan termasuk secara fizikal adalah salah dan tidak boleh diterima.
Jelasnya, hak wartawan untuk menjalankan tugas membuat liputan secara bebas dan adil (free and fair) harus dilindungi oleh semua pihak, termasuk melalui peruntukan undang-undang.
“Semua wartawan bertanggungjawab untuk memakai tanda pengenalan rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dan diharap pihak pasukan keselamatan dalam mana-mana acara akan memberi ruang yang diperlukan (kepada petugas media) untuk menjalankan tugas membuat liputan, termasuk mengambil gambar dan video.
“Geramm telah menghubungi salah seorang pegawai pemimpin terlibat dan difahamkan tindakan lanjut akan diambil bagi mengesahkan identiti individu tersebut.
"Kami bersolidariti!” jelas kenyataan itu. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 02 2022
Geramm kesal dengan insiden kekasaran terhadap tiga petugas media dipercayai melibatkan anggota pasukan keselamatan dalam acara pelancaran PN Kelantan di Tanah Merah, Kelantan pada Sabtu.
Armizan dedah ramai pemilik stesen minyak terima ugutan sindiket
Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan ramai pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket sekiranya tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.
[TERKINI] Tragedi Helikopter Bertembung: Sidang Media Menteri Pertahanan
Ikuti langsung sidang media Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin susulan tragedi helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa. #AWANInews
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi mengelak ketirisan.
Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai diminta tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.
Nestlé Malaysia kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, bantu penuhi impian rakyat Malaysia
Nestle Malaysia memperkenalkan semula peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Geramm kesal petugas media dikasari
Kedua-dua wartawan mendakwa telah dikasari oleh pengawal peribadi atau anggota Unit Tindakan Khas yang cuba menghalang mereka dari berada di sekitar tangga pentas.