KUALA LUMPUR:Gerakan Media Marah (Geramm) mengutuk keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggantung permit penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan bermula dari 27 Julai.

Dalam satu kenyataan, Geramm menganggap keputusan terkini itu sebagai usaha kerajaan untuk mengetatkan kawalan ke atas media, melalui kawalan ke atas lesen percetakan yang dikeluarkan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA).

"Kami mengulangi seruan kepada kerajaan untuk memansuhkan PPPA kerana ada tindakan undang-undang yang sedia ada yang perlu diambil sekiranya berlaku apa-apa pertikaian ke atas laporan yang diterbitkan dan mengikut amalan demokrasi global.

"Pada masa yang sama, terdapat isu moral dan etika dengan alasan The Edge telah mendapatkan maklumat melalui cara yang 'meragukan'.

"Dalam kes ini, e-mel yang dilaporkan diperoleh secara tidak sah oleh warga Switzerland, Xavier Andre Justo daripada bekas majikannya PetroSaudi International berhubung dengan dana kononnya disalahgunakan dari 1MDB, yang penerbitan bersetuju untuk membeli tetapi tidak menerima pembayaran," kata kenyataan itu.

Pada Jumaat, KDN menggantung permit The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily untuk tempoh tiga bulan berkuatkuasa dari 27 Julai ini.

KDN turut memberi amaran bahawa sekiranya ia gagal untuk menghentikan penerbitan selama tiga bulan, ia akan menyebabkan permit penerbitannya ditarik balik.

Kata kenyataan itu, Geramm menegaskan bahawa media harus mempunyai keupayaan untuk menyiasat perkara yang melibatkan kepentingan awam,.

"Pihak berkuasa juga memetik laporan daripada firma keselamatan siber swasta dan polis Thai juga mendakwa bahawa bahan-bahan yang disediakan Justo mungkin telah diganggu akan menjejaskan persepsi awam.

"Namun sehingga kini, tiada penemuan konklusif telah diperolehi, kerana perkara itu masih menjalani penilaian forensik digital serta menunggu laporan pihak berkuasa," ujar kenyataan itu.

Melalui kenyataan The Edge, penerbit dan ketua pegawai eksekutif Kumpulan Media The Edge, Ho Kay Tat berkata beliau kecewa dengan keputusan itu.

"Kami tidak melihat bagaimana mendedahkan kes penipuan untuk menipu rakyat Malaysia sebanyak berbilion Ringgit boleh ditafsirkan sebagai sesuatu yang menjejaskan kepentingan awam dan negara.

“Ini adalah satu usaha untuk menutup operasi kami dengan menutup mulut kami," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kay Tat turut berkata The Edge akan membawa kes itu ke mahkamah untuk menarik balik penggantungan tersebut.