awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gerik pula dilanda banjir kilat

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/11/2023
21:30 MYT
Gerik pula dilanda banjir kilat
Keadaan banjir di Kampung Ulu Kenderong, Gerik, malam tadi. - Foto APM Hulu Perak
GERIK: Hujan lebat yang berterusan selama lebih tiga jam menyebabkan beberapa kawasan di sini dilanda banjir kilat selepas air sungai melimpahi ke kawasan berhampiran.
Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Hulu Perak, antara lokasi yang terjejas ialah pekan Gerik, Kampung Tanjung Kala, Kampung Ulu Kenderong, Bendang Kerajaan dan Kampung Pecah Batu.
Menurut jurucakap itu, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 6.25 petang.
“APM Hulu Perak tiba di pekan Gerik kira-kira jam 6.30 petang dan hasil pemantauan mendapati kira-kira empat buah rumah kedai yang dinaiki air,” katanya malam tadi.
Menurutnya lagi, hasil pemantauan di Kampung Tanjung Kala pula mendapati 12 buah rumah dinaiki air.
“Pasukan pemantau kemudiannya ke Kampung Ulu Kenderong dan mendapati terdapat 13 buah rumah yang dinaiki air,” ujarnya.
Bagaimanapun, katanya, setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka.
Keadaan cuaca malam tadi dilaporkan hujan lebat dan paras air semakin meningkat.
Topic Berkaitan
#banjir
#Gerik
#PPS
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan