awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gesaan Ismail Sabri boikot peniaga Cina memalukan - Mujahid Yusuf

Astro Awani
Astro Awani
03/02/2015
04:57 MYT
Gesaan Ismail Sabri boikot peniaga Cina memalukan - Mujahid Yusuf
Gesaan Ismail Sabri boikot peniaga Cina memalukan - Mujahid Yusuf
Gesaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob komuniti Melayu sebagai kumpulan pengguna, memboikot peniaga Cina, adalah memalukan, kata Pengerusi Gerakan Anti Perkauman (GAP), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
"Amat memalukan seorang menteri kabinet terpaksa menggunakan isu perkauman dalam status Facebooknya untuk membuat tekanan kepada komuniti peniaga," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mujahid yang juga Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS berkata Ismail Sabri tidak seharusnya menggunakan unsur perkauman ketika membangkitkan soal komuniti peniaga, sebaliknya perlu fokus kepada peniaga yang mengamalkan budaya lintah darat.
Katanya, penekanan seharusnya diberikan kepada mana-mana peniaga yang merugikan pengguna tanpa perlu merujuk kaum tertentu.
"Dengan mengaitkan amalan itu kepada kaum tertentu menteri itu membantu melebarkan lagi jurang antara kaum di Malaysia.
"Kita harus menentang budaya lintah darat peniaga, bukan mengaitkan dengan mana-mana kaum," katanya lagi.
Dalam kenyataan di akaun Facebook-nya, Ismail Sabri berkata pengguna marah kepada kerajaan jika harga barang tidak diturunkan.
Menurutnya, pengguna Melayu mempunyai kuasa terbesar dan jika mereka memboikot peniaga Cina yang merupakan kaum minoriti, bermakna peniaga Cina tiada pilihan selain menurunkan harga.
Kenyataan itu turut meminta pengguna Melayu untuk membuka mata kerana kuasa membeli berada di tangan mereka.
Susulan kenyataannya itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan akan memanggil Ismail Sabri memberi keterangan.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Mujahid Yusuf Rawa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan