UMUM mengetahui Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan saban tahun diibaratkan sambutan 'Hari Raya UMNO' yang akan menghimpunkan keseluruhan ahli parti untuk bersidang dan membincangkan hal masa depan Melayu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Selama kira-kira seminggu, ibu kota akan dipenuhi totok UMNO yang hadir dari segenap pelosok negara untuk bersama-sama meraikan minggu 'kasih-sayang' sesama saudara politik mereka.
Katalah apa sahaja, pada minggu itu, air mata darah dan keris yang dicium adalah demi bangsa Melayu selain hati setiap perwakilan pada saat ini begitu sensitif apabila disentuh atau dicuit mengenai nasib bangsa yang dimomok dengan cerita semakin terhimpit atau tersiksa di bumi sendiri.
Sepanjang minggu itu juga, lagu UMNO menjadi zikir siang sehingga malam yang membasahi bibir semua perwakilan tidak kira dari sayap Wanita, Pemuda atau Puteri sendiri.
Kadang kala zikir itu disulam dengan bait-bait lagu, Anak kecil main api ciptaan bekas Ketua Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Datuk Nordin Kardi yang menjadi 'kemenyan' untuk membarakan lagi semangat kecintaan kepada UMNO serta Melayu sendiri.
Bagaimanapun, kenyataan Setiausaha Agung Parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang memutuskan supaya perhimpunan parti itu diadakan secara tertutup tanpa liputan media bagi mengelak isu yang dibincangkan diputarbelitkan pihak tertentu seperti pengumuman untuk membatalkan sambutan Hari Raya UMNO tahun ini.
Ia sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi selain menjadi bahan bualan pengamal media yang melihat keputusan itu sangat drastik dan berbeza dengan tradisi kebanyakan pemimpin UMNO yang kebiasaannya mahu dilihat menjadi hero sepanjang minggu Perhimpunan Agung UMNO saban tahun.
Secara umumnya pada minggu Perhimpunan Agung UMNO, pemimpin parti akan berlumba-lumba untuk memberi pelbagai kenyataan media yang menampakkan semangat cinta Melayu serta pembelaan bangsa di muka hadapan akhbar atau tajuk utama di dalam berita utama di televisyen.
Sepanjang minggu Perhimpunan Agung UMNO juga, kepala pemimpin setiap negeri akan berkunjung ke bilik-bilik media dan kebiasaannya membawa makanan popular negeri masing-masing untuk dinikmati bersama sahabat media mereka.
BACA: Keputusan Perhimpunan Agung UMNO secara tertutup belum dibawa ke MT - Zahid
Kegusaran pengamal media terhadap kenyataan Ku Nan sedikit terubat apabila Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan dia sendiri masih belum menerima sebarang pemakluman berhubung Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang bakal diadakan secara tertutup tanpa sebarang liputan media.
Ia dikuatkan lagi dengan kenyataan Ahmad Zahid yang memberitahu perkara itu adalah di luar pengetahuannya dan perlu dirujuk kepada Ku Nan sendiri.
BACA: UMNO cadang guna sistem biometrik kepada media semasa Perhimpunan Agung UMNO
Kenyataan Ku Nan itu sebenarnya seperti menolak laporan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abd Rauf Yusoh yang menyatakan parti sedang mempertimbangkan cadangan menggunakan sistem biometrik dalam mempertingkatkan kawalan media yang membuat liputan pada perhimpunan parti tahun ini.
Ia sekali gus signifikan bagi memastikan hanya media yang telah mendapat kelulusan daripada pihak urusetia UMNO dibenarkan membuat liputan PAU di Dewan Merdeka serta berada di Laman Media, iaitu pusat operasi media sempena perhimpunan itu.
Untuk itu katanya, UMNO sedang mengkaji kaedah-kaeadah yang lebih baik untuk memastikan sistem kawalan ini dapat diperketatkan.
BACA: 'UMNO perlu dapatkan kembali kepercayaan orang Melayu' - Hishammuddin
Dalam pada itu, sumber dalaman parti UMNO ketika dihubungi mengakui kemungkinan besar isu perhimpunan parti yang diadakan secara tertutup tanpa liputan media akan ditarik semula dalam masa terdekat selain memberitahu media boleh melapor seperti yang biasa dilakukan saban tahun.
"Jangan risau, dalam sehari dua ini kita akan umumkan semuanya akan seperti biasa. Itu semua gimik sahaja.
"Lagipun persediaan untuk bilik, tag dan kemudahan media semuanya sudah di peringkat akhir untuk diselesaikan," katanya ringkas.
BACA: Perhimpunan Agung UMNO: Naib Presiden akan kendalikan sidang media - Ku Nan
Sementara itu, rentetan kenyataan Ku Nan yang memberitahu hanya Ahmad Zahid dan seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan membuat sidang media harian untuk memberikan laporan kepada media apa yang berlaku pada hari berkenaan turut menjadi bualan media kebelakangan ini.
Bagaimanapun perbincangan sembang kedai kopi yang pada asalnya tertumpu kepada cerita pengehadan akses media yang dianggap gimik UMNO, Ahmad Zahid atau Hishammuddin yang hanya dibenarkan membuat sidang media kembali serius apabila isu Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dinaikkan.
Rata-rata menyatakan rasa simpati apabila mengetahui peranan Muhyiddin dan Mohd. Shafie yang dinafikan sepenuhnya pada perhimpunan parti tahun ini.
Pastinya keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO terhadap kedua-dua pemimpin kanan parti itu merupakan usaha menyekat suara dua tokoh berkenaan pada perhimpunan kali ini.
BACA: 'Perhimpunan Agung UMNO bukan gelanggang caci sesama pemimpin' - Syed Ali
Beberapa pengamal media menganggap, apa yang terjadi kepada Muhyiddin dan Mohd. Shafie bukan seperti amaran yang diterima pengacara Gegar Vaganza 2, Nabil Ahmad dan Jihan Muse dalam program realiti televisyen terhangat setiap Ahad.
Ia juga bukan gimik seperti isu penyekatan akses media pada perhimpunan UMNO tahun ini.
Walaupun Nabil dan Jihan 'diugut' untuk disingkirkan daripada program tersebut pada konsert minggu kelima selepas lagu mereka yang dipaparkan di skrin pada segmen 'Ada Lagu Ada Lagi' ditukar kepada foto Raja Azura (Kak Engku) dan Salih Yaacob, umum tahu ia hanyalah gimik rancangan semata-mata.
BACA: 5 sebab kenapa Gegar Vaganza 'trending' musim ini
Ia tidak akan sama seperti isu Muhyiddin, seorang pemimpin totok Melayu yang akan terkebil-kebil matanya apabila melihat perasmian perhimpunan sayap UMNO disempurnakan oleh ketua sayap masing-masing Disember ini.
Mungkin kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang menegaskan perasmian itu tidaklah menjadi sesuatu yang tertulis dalam perlembagaan atau peraturan mesyuarat malahan ia satu konvensyen merupakan satu tindakan melanggar tradisi di mata Muhyiddin atau ia sekadar simbolik transformasi parti yang harus ditelan bekas timbalan perdana menteri itu sendiri.
BACA: "Apalah dosa yang saya lakukan terhadap UMNO?" - Muhyiddin
Atau mungkin Muhyiddin perlu akur dan tidak lagi bercerita tentang dosa atau pahala pada catatan di laman Facebooknya selepas kenyataannya akhir-akhir ini sebenarnya dianggap 'bermain api' atau mengguris hati pemimpin lain di dalam parti.
Kita tunggu dan lihat sahaja.
Wan Syamsul Amly
Thu Nov 26 2015
Gimik UMNO bukan macam Gegar Vaganza - Gambar fail
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.