awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
PM Wong zahir penghargaan ke atas penyertaan TUDM di Pertujukan Udara Singapura 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GISB: 424 kanak-kanak ikuti program pemulihan dinilai dari semasa ke semasa

Bernama
Bernama
29/10/2024
13:31 MYT
GISB: 424 kanak-kanak ikuti program pemulihan dinilai dari semasa ke semasa
Anfaal berkata ketika ini program pemulihan itu dijalankan mengikut empat kluster iaitu pendidikan, kebajikan, kesihatan mental dan perundangan. - Bernama
SHAH ALAM: Seramai 424 kanak-kanak Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd yang sedang mengikuti program pemulihan di bawah pasukan khas kerajaan negeri, akan dinilai dari semasa ke semasa bagi menentukan perkembangan terkini keadaan mereka.
Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor Anfaal Saari berkata sekiranya terdapat antara mereka yang masih dikategorikan sebagai kronik atau trauma, kanak-kanak itu akan diasingkan untuk mengikuti program atau kaedah pemulihan yang lain.
"Mereka (kategori kronik) akan diletakkan dalam kategori pemulihan lain berbanding anak-anak yang di tahap sederhana atau mild, itu yang kita nilai dari semasa ke semasa.
"Dari segi pelaksanaan, setakat ini program pemulihan berjalan dengan baik dan semua agensi kerajaan saling bekerjasama dalam memberikan bantuan berdasarkan skop kerja masing-masing," katanya kepada pemberita pada program sesi minum petang 1 Tahun Anfaal Saari di sini hari.
Anfaal berkata ketika ini program pemulihan itu dijalankan mengikut empat kluster iaitu pendidikan, kebajikan, kesihatan mental dan perundangan.
Media sebelum ini melaporkan kerajaan Selangor menubuhkan satu pasukan khas bagi meneliti program pemulihan khusus untuk kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal GISB.
Pasukan itu dianggotai wakil daripada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Lembaga Zakat Selangor, Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor, pakar-pakar psikologi dan pendidikan kanak-kanak Yayasan MBI serta Yayasan Selgate.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GISB
#Kanak-kanak
#program pemulihan
#penilaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan