awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gitar penyanyi Nirvana Kurt Cobain cecah AS$1.5 juta dalam lelongan

Bernama
Bernama
18/11/2023
10:05 MYT
Gitar penyanyi Nirvana Kurt Cobain cecah AS$1.5 juta dalam lelongan
Gitar elektrik ikonik Fender Mustang "Skystang I" berwarna biru yang dimainkan mendiang Cobain semasa jelajah terakhirnya dari 1993 hingga 1994, dijual pada harga lebih AS$1.58 juta dalam satu lelongan di Nashville, Tennessee. - IG juliens_auction
SAN FRANCISCO: Sebuah gitar milik penyanyi utama kumpulan Nirvana Kurt Cobain mengutip lebih AS$1.5 juta dalam lelongan di Amerika Syarikat pada Jumaat, lapor agensi berita (dpa) Jerman.
Gitar elektrik ikonik Fender Mustang "Skystang I" berwarna biru yang dimainkan mendiang Cobain semasa jelajah terakhirnya dari 1993 hingga 1994, dijual pada harga lebih AS$1.58 juta dalam satu lelongan di Nashville, Tennessee.
Sepasang jeans koyak yang dipakai Cobain dalam video muzik untuk lagu Heart-Shaped Box dan semasa Anugerah Muzik Video MTV, antara lain, dijual pada harga lebih daripada AS$400,000. Harga seluar itu ditetapkan antara AS$10,000 dan AS$20,000.
Lelongan itu adalah sebahagian daripada lelongan bertema "Played, Worn and Torn: Rock N' Roll Iconic Guitars and Memorabilia" selama tiga hari, dengan lebih 1,000 barangan milik pemuzik hebat seperti Cobain, Eric Clapton, Elvis Presley, Prince, The Beatles dan Frank Zappa, ditawarkan sehingga petang Sabtu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vokalis Nirvana
#Kurt Cobain
#gitar
#lelong
#Fender Mustang Skystang I
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan