awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GLC, swasta diseru laksana CSR bantu mangsa banjir

Bernama
Bernama
30/11/2024
11:17 MYT
GLC, swasta diseru laksana CSR bantu mangsa banjir
Amir Hamzah berkata selain agensi kerajaan seperti NADMA, beberapa pihak lain juga dilihat telah mula memasuki kawasan terjejas banjir bagi menghulurkan bantuan. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta diseru bersama agensi kerajaan untuk turun padang membantu mangsa terjejas banjir.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata langkah itu boleh dijadikan sebagai antara program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.
"Saya rasa dalam isu banjir, kita sebagai rakyat Malaysia kena berganding bahu dan tolong-menolong.
"Ssekarang kita mungkin tidak terkesan tetapi mungkin pada masa depan kita akan terkesan, jadi sebagai rakyat adalah lebih baik jika kita bersatu dan tolong-menolong," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan Majlis Peluncuran Karnival MyPesara di pusat beli-belah Angsana Mall Johor Bahru di sini hari ini.
Amir Hamzah berkata selain agensi kerajaan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara Malaysia (NADMA), beberapa pihak lain juga dilihat telah mula memasuki kawasan terjejas banjir bagi menghulurkan bantuan.
"Kita nampak ada banyak pihak memberi pertolongan dan bantuan termasuk bantuan tenaga kerja ketika waktu banjir ini. Kerajaan ambil berat isu ini dan kita akan terus pantau perkembangan situasi dari semasa ke semasa," katanya.
Setakat 4 petang tadi, dilaporkan lebih 140,000 mangsa banjir ditempatkan di kira-kira 700 pusat pemindahan sementara yang dibuka di lapan negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#GLC
#syarikat swasta
#bantu mangsa banjir
#Amir Hamzah Azizan
#Banjir 2024
#monsun timur laut
#CSR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan