MALAYSIA
Global Sumud Flotilla: Seniman kecam tindakan Israel halang misi kemanusiaan ke Gaza

Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah berkata tindakan menghalang bantuan kemanusiaan ke kawasan konflik bercanggah dengan Konvensyen Geneva 1949. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengecam keras tindakan tentera Zionis terhadap kesemua aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) termasuk ahli persatuan itu.
Ringkasan AI
- Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengecam tindakan tentera Israel menghalang misi kemanusiaan GSF, menyifatkannya bercanggah dengan Konvensyen Geneva 1949 dan hak kebebasan belayar kapal awam.
- Seniman mendesak kerajaan menggunakan saluran diplomatik antarabangsa untuk menjamin keselamatan aktivis, serta memberi tekanan politik agar mereka dibebaskan segera.
- Seniman turut memberi amaran akan menghantar nota bantahan kepada Kedutaan AS dan PBB jika tiada tindakan segera, sementara 12 rakyat Malaysia disahkan ditahan Israel setakat ini.
Beliau turut memohon kerajaan menggunakan saluran diplomatik antarabangsa serta mendesak dan memberikan tekanan politik supaya kesemua aktivis kemanusiaan dijamin keselamatan, dibebaskan segera dan dihantar pulang ke tanah air.
Hafiz berkata Seniman juga tidak akan teragak-agak untuk menghantar nota bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekiranya tiada tindakan segera dilakukan Israel.
Secara keseluruhan, sebanyak 10 kapal membawa 23 rakyat Malaysia dalam misi GSF menuju Gaza, termasuk Ardell Aryana, Zizi Kirana dan dua beradik, Hazwani dan Heliza Helmi.
Sehingga 7.50 pagi tadi waktu Malaysia, 12 rakyat Malaysia disahkan ditahan tentera Israel selepas kapal mereka memasuki zon merah R3, kira-kira 100 batu nautika dari Gaza, malam tadi.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami