awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gold Coast Australia tarik diri tuan rumah Sukan Komanwel 2026

Bernama
Bernama
04/12/2023
11:27 MYT
Gold Coast Australia tarik diri tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Gambar fail menunjukkan majlis penutup Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia. - Gambar/ Bernama
LONDON: Gold Coast Australia menarik balik tawarannya untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik kenyataan datuk bandar.
Dalam kenyataan pada Ahad, Tom Tate berkata: "Kami telah melakukan yang terbaik. Visi Sukan kami nampaknya tidak sejajar dengan visi kerajaan negeri atau persekutuan," katanya.
Langkah itu dibuat selepas negeri Victoria mengumumkan pada Julai bahawa ia menarik diri sebagai tuan rumah memandangkan kos penganjuran acara itu dianggarkan kira-kira AU$5 bilion (AS$3.3 bilion).
Ketua menterinya Daniel Andrews memberitahu media di Melbourne pada masa itu bahawa beliau tidak bersedia untuk membelanjakan sehingga AU$7 bilion untuk "acara sukan 12 hari".
Berikutan penarikan diri itu, Victoria bersetuju membayar GBP190 juta (AS$240 juta) kepada Persekutuan Sukan Komanwel, Perkongsian-perkongsian Persekutuan Sukan Komanwel dan Majlis Sukan Komanwel Australia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Komanwel 2026
#Gold Coast
#tarik diri
#tuan rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan