Ibarat irama dan lagu, begitulah sinonimnya labu sayong dengan Kuala Kangsar.
Namun, mungkin ramai tidak tahu selain labu sayong, Kuala Kangsar yang merupakan Bandar Diraja turut terkenal dengan pembuatan golok, satu lagi tarikan pelancongan ke bandar berkenaan.
Seorang pengusaha, Abdul Mazin Abdul Jamil, 66, berkata beliau menghasilkan tiga hingga empat bilah golok sehari dan kebanyakan tempahan dari Brunei, Singapura, England, Perancis serta Afrika.
Beliau berkata harga bagi setiap golok bergantung kepada kualiti, saiz dan keunikan setiap produk yang dihasilkan.
"Saya merupakan generasi keempat memperoleh ilmu membuat golok ini. Bukan mudah, banyak perlu dipelajari. Golok ini memang asalnya dari Kuala Kangsar dan banyak kegunaannya," kata beliau kepada Bernama di sini baru-baru ini.
Abdul Mazin yang merupakan anak jati Kampung Padang Changkat berkata beliau mempelajari ilmu membuat golok daripada datuknya, Pandak Lam yang juga anak kepada Tukang Mamat seorang tukang diraja Kuala Kangsar.
Bercerita lanjut, Abdul Mazin berkata golok terbahagi kepada tujuh jenis dan setiap jenis mempunyai pelbagai kegunaan seperti menyembelih, melapah, meraut, menebas termasuk memotong pokok, mengikut permintaan pelanggan.
Bagi memastikan martabat warisan itu berkekalan, Abdul Mazin menurunkan ilmu pembuatan golok kepada seorang anaknya Saiful Hazrin, 28.
"Kawan-kawan saya yang lain kebanyakannya tiada pewaris dan ilmu mereka itu terhenti di situ sahaja. Di Kuala Kangsar ini pun tinggal tidak lebih 20 orang yang boleh menghasilkan golok," katanya.
Keuntungan lumayan
Sementara itu, Amir Saifudin Ngah, 53, berkata pembuatan golok memerlukan modal yang besar, namun boleh memperoleh keuntungan yang lumayan sekiranya mendapat banyak permintaan daripada pelanggan.
"Kalau kita jual terus kepada pelanggan lebih untung berbanding kita jual secara borong di kedai-kedai kraftangan. Saya juga hantar 10 hingga 20 bilah ke kedai di pekan untuk dijual kepada pelancong," katanya.
Beliau berkata pembuatan golok bermula dengan mencari besi terbaik untuk dibakar dan ditempa serta penggunaan kayu yang keras dan berkualiti seperti kayu Surian, Akasia, Petai Jawa dan Kemuning.
"Kalau nak hasilkan bilah boleh ambil masa sehingga sejam tidak termasuk pembuatan sarung dan hulu golok," katanya yang pernah menyertai pameran Hari Kraf Kebangsaan 2014.
Menurutnya, generasi muda kini kurang berminat dengan kerja warisan itu mungkin disebabkan mereka melihat kerja sebagai tukang golok sesuatu yang susah.
Bagi seorang bekas pembuat golok Sepian Abdullah, 75, beliau telah menghasilkan golok sejak 1958 selepas tamat persekolahan sehingga 2010.
"Memang terkenal golok ini, kadang-kadang pelajar sekolah dan universiti datang berjumpa saya untuk mengetahui sejarah golok ini," katanya yang mempunyai sebuah bengkel di Padang Changkat, hasil bantuan kerajaan pada 2003.
Bernama
Mon Jun 06 2016
Penempa peralatan barang besi, Abdul Mazin Abdul Jamil menunjukkan sebilah golok daun buluh yang sedang disiapkan di bengkelnya di Kuala Kangsar. - Foto Bernama
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
Golok tarikan pelancongan Kuala Kangsar
Seorang pengusaha, Abdul Mazin Abdul Jamil, berkata beliau menghasilkan tiga hingga empat bilah golok sehari dan kebanyakan tempahan dari Brunei, Singapura, England, Perancis serta Afrika.