MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 Ogos 2025.
Mahkamah Tinggi Tawau hari ini memutuskan 13 pelajar lelaki Kolej Vokasional Lahad Datu bersalah membunuh rakan mereka, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, dalam kejadian di asrama kolej berkenaan tahun lalu.
Dua juruterbang Tentera Udara Malaysia yang terbabit dalam kejadian pesawat F/A-18D Hornet terhempas di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang malam tadi dibenarkan keluar hospital dan kini menerima rawatan di Rumah Sakit Angkatan Tentera Malaysia.
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Bukit Mertajam hari ini atas pertuduhan menimbulkan kegentaran terhadap keselamatan awam menerusi akaun media sosial beliau pada 11 Ogos lalu.
Perdana Menteri menzahirkan simpati terhadap juruterbang dan pembantu juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia yang terlibat dalam insiden di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, malam tadi.
Polis telah mengenal pasti nombor telefon individu yang menghantar mesej ugutan kepada isteri bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, yang didaftarkan atas nama warga asing.
Enam kertas siasatan dibuka polis berhubung kes pemasangan dan pengibaran bendera secara terbalik menjelang sambutan Hari Kebangsaan. Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, lima daripada kertas siasatan itu sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai penyiasat serta penyelia yang terbabit dalam siasatan kes kematian pelajar, Zara Qairina Mahathir, sekiranya didapati berlaku pelanggaran prosedur yang ditetapkan.
Pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) dan urusan ibadat haji tetap dikendalikan oleh pasukan pengurusan yang 100 peratus bumiputera Muslim.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kerajaan negeri tidak mengabaikan kepentingan peniaga kecil serta penjaja Melayu di bandar.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus mengesahkan dua insiden melibatkan pelajar institut pendidikan tinggi swasta di Setapak yang terjatuh dari sebuah kondominium di Persiaran Pertahanan, Taman Melati di sini pada Rabu lepas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami