awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Golongan berusia 15 hingga 25 tahun penyumbang tertinggi kemalangan maut

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
03/07/2023
02:30 MYT
Golongan berusia 15 hingga 25 tahun penyumbang tertinggi kemalangan maut
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, golongan muda berusia antara 15 hingga 25 tahun menjadi penyumbang tertinggi kes kemalangan termasuk melibatkan maut di negara ini.
ALOR SETAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati golongan muda berusia antara 15 hingga 25 tahun menjadi penyumbang tertinggi kes kemalangan termasuk melibatkan maut di negara ini dengan kebanyakannya terdiri daripada penunggang motosikal.
Pengarah Kanan Penguatkuasanya, Datuk Lokman Jamaan berkata, data itu menunjukkan tahap kesedaran golongan tersebut mengenai keselamatan jalan raya masih rendah.
"Umur risiko yang paling tinggi berlaku kemalangan maut ialah antara 15 hingga 35 tahun dan kebanyakan mereka ini adalah penunggang motosikal.
"Ini menunjukkan kesedaran terhadap pengguna jalan raya dan juga keselamatan dalam kalangan umur 15 hingga 35 tahun ini masih di tahap yang rendah dan saya rasa satu advokasi kesedaran perlu kita uar-uarkan kepada mereka bahawa golongan ini merupakan satu golongan yang tertinggi menghadapi risiko kemalangan jalan raya," katanya.
Lokman berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Ops Hari Raya Aidiladha (HRA) 2023, di sini, malam tadi.
Menurut Lokman, dalam tempoh tiga hari pelaksanaan advokasi dan Ops HRA, pihaknya mengesan pemandu tegar yang melakukan pelbagai kesalahan jalan raya, hasil pemeriksaan ke atas 55,904 kenderaan di seluruh negara.
Katanya, melalui kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas), sebanyak 15,254 notis telah dikeluarkan kerana memandu melebihi had laju yang ditetapkan sepanjang tiga hari operasi diadakan.
Beliau berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 4,743 notis melibatkan kesalahan melanggar lampu isyarat merah
"Ini satu kesalahan yang sangat serius di mana kita boleh lihat banyak dilaporkan di akhbar-akhbar melanggar lampu isyarat ini menyebabkan kemalangan cedera parah dan kemalangan maut...
"Keseluruhanya kita dapati 40,789 notis termasuk kesalahan kita jumpa melalui sekatan jalan raya dan juga sistem kamera Awas. Mereka ini akan dikenakan tindakan-tindakan dan jika mereka gagal membayar notis-notis yang dikeluarkan mereka akan dihadapkan ke mahkamah dan juga kesalahan mereka ini akan direkodkan untuk kesalahan demerit," jelas Lokman lagi.
Lokman turut memberitahu, sebanyak 20,792 notis atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD) (Akta 715) telah dikeluarkan.
Katanya, dalam operasi tersebut, JPJ turut menyita 201 kenderaan kerana tiada perlindungan insurans, lesen memandu, kesalahan teknikal dan lain-lain.
Dalam operasi berkenaan juga, pihaknya menahan seorang pemandu bas ekspres di sebuah terminal di Lembah Klang kerana didapati mengambil bahan terlarang iaitu dadah jenis heroin.
Katanya, JPJ akan mengambil tindakan tegas kepada pemandu terbabit termasuk penggantungan lesen di bawah Seksyen 36 atau 56 Akta 333.
Lokman menjelaskan, pihak syarikat akan diaudit dalam Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) JPJ bagi melihat tahap kepatuhan yang dilaksanakan serta tindakan susulan seperti cadangan penggantungan atau pembatalan permit akan dikemukakan kepada APAD selepas siasatan lanjut selesai.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#penyumbang tertinggi kemalangan maut
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#Ops Hari Raya Aidiladha 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan