awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Golongan remaja boleh terima vaksin COVID-19 secara 'walk-in' bermula Khamis

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
21/09/2021
13:28 MYT
Golongan remaja boleh terima vaksin COVID-19 secara 'walk-in' bermula Khamis
Pemberian vaksin untuk remaja (PICK-Remaja) secara walk-in akan bermula Khamis ini di 156 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara melibatkan semua kategori remaja termasuk yang tidak bersekolah. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemberian vaksin untuk remaja (PICK-Remaja) secara walk-in atau jumpa terus akan bermula Khamis ini di 156 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara melibatkan semua kategori remaja termasuk yang tidak bersekolah.
Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dalam satu kenyataan memaklumkan, pemberian vaksin itu mengikut lokasi sekolah berhampiran dengan PPV yang dikenal pasti.
“Remaja yang tidak bersekolah dibenarkan walk-in di PPV yang berdekatan dengan tempat tinggal dan jadual pemberian vaksin akan dikeluarkan pihak sekolah masing-masing kepada remaja dan ibu bapa.
“Bagi remaja yang telah mendapat tarikh vaksinasi di PPV Sekolah, kumpulan pelajar ini perlu mengekalkan janji temu sedia ada di PPV sekolah yang ditetapkan dan tidak dibenarkan walk-in ke PPV Awam atau Integrasi.
“Bagaimanapun sekiranya kuota vaksin di PPV tersebut telah habis untuk hari tersebut, mereka akan diberi janji temu di PPV yang sama pada keesokan hari atau di klinik kesihatan swasta berdekatan.
“Remaja yang menuntut di IPTA/ IPTS yang berumur di bawah 18 tahun dibenarkan walk-in ke semua PPV yang masih beroperasi pada ketika ini dengan menunjukkan pengenalan diri sebagai IPTA/IPTS,” ujarnya.
Kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia PICK-Remaja secara walk-in berjadual akan bermula Khamis, 23 Sept di 156 PPV seluruh negara. Vaksinasi secara walk-in melibatkan semua remaja termasuk remaja yang tidak bersekolah. Kenyataan penuh YB Dato' @DrNoorAzmi pic.twitter.com/0DYuMCLIVR
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) September 21, 2021
Sebanyak 156 buah Pusat Pemberian Vaksin akan beroperasi untuk menjalankan PICK Remaja bermula 23 September. Vaksinasi akan dibuat melalui tiga kaedah. Kenal pasti kategori dan kaedah bagi anak remaja anda untuk proses vaksinasi yang lancar. pic.twitter.com/4HiSZxDfmR
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) September 22, 2021
Dalam pada itu katanya, ibu bapa atau penjaga perlu hadir bersama untuk menandatangani borang kebenaran vaksinasi mereka.
Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A) Noor Azmi berkata, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dimulakan secara rasmi pada Isnin dan menyasarkan 3.2 juta golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun.
Setakat Isnin, sebanyak 5,964 buah sekolah telah berdaftar dengan portal Vaksin-Anak-Ku.
Katanya, seramai 308,186 remaja telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 dengan Sabah merekodkan bilangan tertinggi iaitu 118,141 orang diikuti Sarawak (88,473); Kedah (19,453); Kelantan (17,413); Johor (16,019) dan Labuan seramai 2,523.
Berikut adalah senarai PPV Remaja yang sedia beroperasi pada Khamis ini:
Senarai 156 PPV seluruh negara untuk vaksinasi remaja secara walk-in yang bermula Khamis ini (23 September 2021)
Senarai 156 PPV seluruh negara untuk vaksinasi remaja secara walk-in yang bermula Khamis ini (23 September 2021)
Senarai 156 PPV seluruh negara untuk vaksinasi remaja secara walk-in yang bermula Khamis ini (23 September 2021)
Senarai 156 PPV seluruh negara untuk vaksinasi remaja secara walk-in yang bermula Khamis ini (23 September 2021)
Senarai 156 PPV seluruh negara untuk vaksinasi remaja secara walk-in yang bermula Khamis ini (23 September 2021)
Senarai 156 PPV seluruh negara untuk vaksinasi remaja secara walk-in yang bermula Khamis ini (23 September 2021)
Topic Berkaitan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#PICK
#PICKRemaja
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan