Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah dewasa ini wujud segelintir individu yang memberikan tafsiran Al-Quran mengikut akal logik, semata-mata demi kepentingan peribadi dan kumpulan tertentu.
Baginda bertitah sehubungan itu ia perlu ditangani segera kerana jika dibiarkan berlarutan, ia boleh meruntuhkan akidah, meruntuhkan institusi keluarga dan menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini.
"...dengan demikian, kefahaman yang mendalam kepada tafsiran yang tepat disi kandungan Al Quran akan berupaya melahirkan masyarakat yang bertaqwa dan bahagia di dunia serta di akhirat.
"Justeru saya menyeru semua masjid di negeri ini untuk menjadi pemudahcara bagi menyuburkan budaya membaca Al Quran dalam kalangan umat Islam di Pahang.
"Mudah-mudahan umat Islam di negeri ini akan mencapai kejayaan dalam menjadikan Al Quran sebagai panduan dan pedoman kehidupan," titah baginda ketika berucap di Majlis Perasmian Penutup Tilawah Al Quran Peringkat negeri Pahang Kali-62 tahun 1440 Hijrah bertemakan 'Menyantuni Umat Membawa Rahmat'.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.
Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, dan Mufti Negeri Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.
Menurut baginda Al Quran juga merupakan sumber rujukan yang mampu menjadi penunjuk arah dalam kehidupan seharian sekali gus dapat membantu menangani pelbagai cabaran terhadap masalah akhlak serta moral masyarakat pada masa kini.
Sehubungan itu, umat Islam yang beriman kepada Al Quran wajib menjadikan kitab suci itu sebagai rujukan utama dalam kehidupan.
Baginda turut mengucapkan penghargaan kepada kerajaan negeri Pahang serta semua yang terlibat dalam menjayakan majlis Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Pahang Kali Ke-62 selain turut mengucapkan tahniah kepada qari dan qariah yang akan mewakili Pahang dalam pertandingan peringkat kebangsaan nanti.
Pada majlis itu baginda dan Tunku Azizah turut berkenan menyampaikan hadiah kepada hadiah kepada 30 qari dan qariah yang bertanding termasuk pemenang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 20 2019
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan bersalam dengan hadirin ketika berangkat ke majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Kali Ke-62 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah malam tadi. --fotoBERNAMA
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Golongan tafsir al-Quran ikut keperluan peribadi perlu ditangani
Perkara itu perlu ditangani segera kerana jika dibiarkan berlarutan, ia boleh meruntuhkan akidah, meruntuhkan institusi keluarga dan menimbulkan perpecahan.